Sup telur Chinese style ini yang digemari ramai. Hirup ketika sup masih panas memang sedap. Selalu kita menikmatinya di restoren Cina Muslim.
Tapi sup telur ini boleh saja kita buat sendiri kerana cara membuat dan bahannya memang mudah. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur Chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
Bahan utama:
✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkefli