Cara Buat Tauge Ala The Chicken Rice Shop. Celur Tauge, Siram Dengan Air Kicap Ini, Siap!

Share

Kalau makan nasi ayam kat restoren popular ni, tak lengkap kalau tak order menu tauge di sini.

Walaupun nampak ringkas saja tapi sedapnya memang lain macam. Ada juga yang cuba buat tapi tak menjadi.

Tapi kali ini dah dapat cara membuatnya. Nurul Asyikin berkongsi cara nak masak tauge macam restoran The Chicken Rice Shop ini.

Cara buat tauge ala The Chicken Rice Shop

1. Celur tauge separuh masak. Kemudian toskan & bubuh dalam pinggan.

2. Sediakan 1 cawan air. Masukkan 1 sudu kicap, sos tiram, minyak bijan & 1 kiub pati ayam ke dalam cawan berisi air tadi. Kacau bagi sebati.

3. Sementara itu tumiskan seulas dua bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.

4. Kemudian curahkan bancuhan air tadi ke dalam tumisan dan biarkan mendidih sekejap.

5. Akhir sekali siram kuah ke atas tauge yang telah dihiaskan dengan daun bawang, hirisan cili dan bawang goreng. Siap!

Selamat mencuba

Sumber: Nurul Asyikin

Artikel berkait: Begini Cara Buat Nasi Ayam Hainan Atau Roasted Ala ‘The Chicken Rice Shop’

 

Published by
VK