Makan

Cara Buat Taugeh Ipoh Yang Mudah & Sedap. Celur Tauge, Gaul Dengan Bahan Ini. Siap!

Share

Kalau pergi restoren Cina Muslim atau satu restoren nasi ayam popular hidangan tauge Ipoh ini mesti akan kita pesan sekali.

Walau nampak ringkas saja tapi lauk tauge yang ringkas ini memang sedap. Cuma bila ada yang cuba buat sendiri, tak menjadi pula.

Nak buat menu tauge ini memang ada tekniknya, boleh guna cara yang dikongsi Nurul Asyikin ini.

Cara buat tauge Ipoh

Bahan-bahan:

Tauge
1 cawan air
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 kiub ayam
Minyak bijan
2 ulas bawang putih -dicincang
Daun bawang- dipotong
Cili merah dipotong
Bawang goreng

Cara membuat: 

1. Celur tauge separuh masak. Kemudian toskan & bubuh dalam pinggan.

2. Sediakan 1 cawan air. Masukkan 1 sudu kicap, sos tiram, minyak bijan & 1 kiub pati ayam ke dalam cawan berisi air tadi. Kacau bagi sebati.

3. Sementara itu tumiskan seulas dua bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.

4. Kemudian curahkan bancuhan air tadi ke dalam tumisan dan biarkan mendidih sekejap.

5. Akhir sekali siram kuah ke atas tauge yang telah dihiaskan dengan daun bawang, hirisan cili dan bawang goreng. Siap!

Selamat mencuba

Sumber: Nurul Asyikin

 

IKLAN