Dapat minum teh tarik atau teh ais yang kaw memang nikmat. Tak kira waktu pagi, petang atau malam.
Tapi bila nak pekena teh tarik kita akan pergi kedai sebab bila buat di rumah rasanya banyak yang kurang.
Sebenarnya nak hasilnya sendiri teh tarik yang sedap ini kena tahu caranya dan ada bahan yang perlu dimasukkan selain teh dan susu. Nak tahu caranya boleh ikut perkongsian Rozana Mamat.
Teh tarik sedap kaw kaw
Hari ini bukan nak share makan tapi cara masak air teh kaw-kaw. Rasa macam yang buat jual tepi jalan tu. Cuma guna 5 bahan yang memang dah sedia ada di rumah kita.
Bahan-bahan
-500ml air
-4-5 uncang teh (lagi banyak lagi kaw)
-Susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
-1/2 tin susu cair (nak lagi lemak, letak lebih)
-1sk esen vanila
Ads
Cara membuat:
1.Didihkan air dan masukkan teh uncang.
Ads
2. Masukkan susu pekat ikut kemanisan yang diingini bersama,susu cair &esen vanila. Biarkan mendidih seketika. Tutup api, siap!
3. Boleh tarik dan hidangkan waktu panas
Ads
4 . Jika nak buat teh ais, biar air teh sejuk kemudian tambah ais.
INFO: Fungsi esen vanilla untuk bau teh tarik yang wangi dan mengundang selera.
Kulit telur, kulit bawang dan teh. Tiga bahan ini memang selalu kita gunakan untuk masakan dan minuman. Selepas guna biasanya kita terus buang. Walhal bahan ini sangat bermanfaat untuk tanaman kalau diolah semula.
Dikongsi oleh Alin Lin beliau menunjukkan cara untuk menggunakan semula bahan ini menjadi baja yang berguna untuk tanaman.
Serbuk teh
Serbuk teh yang telah kita guna boleh dikumpul setiap hari. Kemudian jemur teh ini hingga kering. Selepas itu simpan dalam bekas.
Serbuk teh ini bertindak sebagai kompos atau juga sebagai agen mengekalkan kelembapan tanah. Cara penggunaan gaul saja dengan tanah untuk bercucuk tanam atau tabur saja di atas batas atau dalam pasu.
Kulit telur
Kulit telur yang sudah digunakan ini basuh bersih dan jemur. Selepas kering kisar halus lalu simpan dalam bekas.
Serbuk kulit telur ini membekalkan kalsium yang membantu pokok membina sel-selnya. Cara penggunaan ia boleh ditabur saja di pangkal pokok.
Kulit bawang
Lepas kupas bawang, kulitnya kita simpan. Untuk dijadikan baja jemur kulit bawang ini sampai betul-betul kering macam keropok. Selepas itu kisar kering dan simpan dalam bekas.
Kulit bawang ini boleh digaul dengan tanah. Ia akan membantu pokok jadi lebih subur, menggalakkan pertumbuhan pucur baru dan mempercepat proses bunga, buah serta membunuh hama serangga.
Kalau pergi ke taman rekreasi atau pantai, giant bubble atau belon gergasi ni memang jadi tumpuan anak.
Mesti kena ‘pau’ punya. Anak seorang bolehlah layan tapi kalau ada empat nak sorang satu memanglah banyak belanjanya nak main belon nih.
Jadi untuk yang ada ramai anak, sebelum pergi ke taman atau pantai apa kata buat sendiri giant buble ni supaya anak boleh main sepuas hati.
Caranya boleh ikut perkongsian dari DiaNa Said ini.
Jimat anak boleh main sampai puas
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main #jimat.
Bahan untuk air sabun:
1.5 liter air
4 sudu tepung ubi kayu
250 ml pencuci pinggan mangkuk
Bahan untuk bubble wand:
Tali kain
Tape hitam
Hanger besi
Gunting
Cara membuat:
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita. 2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat. 3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih. 4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
TIP
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Selain buat cekodok pisang, pengat pisang untuk makan petang boleh juga ubah citarasa buat lengat pisang. Ia antara kuih tradisi yang jarang kita jumpa sekarang.
Sedap manis berlemak dan cara membuat lengat pisang ini juga mudah hanya menggunakan empat bahan saja. Bagi yang nak cuba boleh gunakan perkongsian resipi daripada Wani Sulinan.
Katanya kuih lengat pisang ini sangat mudah membuatnya, lebih mudah dari buat cekodok pisang. Bahagian putih rasanya seperti tepung pelita dan hanya empat langkah untuk menyediakannya.
Cara buat lengat pisang
Bahan-bahan
1 sisir pisang berangan – resipi asal pisang lemak manis, boleh ikut citarasa
1 kotak kecil santan segera
3 sudu penuh tepung beras
Gula, garam secukupnya
Cara membuat
1) Hiris pisang nipis setiap satu kemudian susun dalam loyang cantik-cantik.
2) Tabur gula atas pisang, buat beberapa lapisan hingga pisang habis.
3) Tuang sekotak santan dalam bekas berasingan kemudian guna kotak yang sama tambah sekotak air. Masukkan tiga sudu tepung beras dan letak garam. Kacau sebati.
4) Tuang semua santan tadi ke dalam loyang pisang. Kukus selama 20 minit. Siap! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.