Cara Buat Teh Tarik Yang Kaw-Kaw Sedapnya. Kena Letak Bahan Ini Selain Teh & Susu

Share

Dapat minum teh tarik atau teh ais yang kaw memang nikmat. Tak kira waktu pagi, petang atau malam.

Tapi bila nak pekena teh tarik kita akan pergi kedai sebab bila buat di rumah rasanya banyak yang kurang.

Sebenarnya nak hasilnya sendiri teh tarik yang sedap ini kena tahu caranya dan ada bahan yang perlu dimasukkan selain teh dan susu. Nak tahu caranya boleh ikut perkongsian Rozana Mamat.

Teh tarik sedap kaw kaw

Hari ini bukan nak share makan tapi cara masak air teh kaw-kaw. Rasa macam yang buat jual tepi jalan tu. Cuma guna 5 bahan yang memang dah sedia ada di rumah kita.

Bahan-bahan
-500ml air
-4-5 uncang teh (lagi banyak lagi kaw)
-Susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
-1/2 tin susu cair (nak lagi lemak, letak lebih)
-1sk esen vanila

Cara membuat:

1.Didihkan air dan masukkan teh uncang.

2. Masukkan susu pekat ikut kemanisan yang diingini bersama,susu cair &esen vanila. Biarkan mendidih seketika. Tutup api, siap!

3. Boleh tarik dan hidangkan waktu panas

4 . Jika nak buat teh ais, biar air teh sejuk kemudian tambah ais.

INFO: Fungsi esen vanilla untuk bau teh tarik yang wangi dan mengundang selera.

Selamat mencuba.

Sumber: Rozana Mamat.

 

Published by
VK