Tempe meski boleh dijadikan macam-macam hidangan tapi yang digoreng ringkas juga paling sedap. Cuma kalau ditambah dengan bahan di bawah rasa tempe goreng akan jadi super sedap terutama bila dicicah pula dengan sambal kicap.
Cara buat tempe goreng yang super sedap
Bahan-bahan
Tempe -dipotong memanjang
Tepung beras
Tepung gandum
1 sudu jintan putih
Daun kari -digunting halus
Serbuk perasa
Garam
Ads
Cara memasak
1. Satukan tepung beras dan tepung gandum, pastikan kuantiti dua tepung adalah sama banyak.
2. Masukkan sekali jintan putih dan serbuk kunyit dan daun kari. Masukkan air, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
3. Selepas sebati, masukkan tempe. Gaul hingga adunan menyaluti tempe.
Ads
4. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan.
Tiba musim raja buah, menu pulut durian ini memang kena buat. Walaupun nampak ringkas tapi ada juga yang tak tahu cara membuatnya.
Bagi yang mahu cuba menyediakan hidangan ini boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nur Masri untuk memasak pulut dan santannya sekali.
Cara buat pulut durian
Bahan- bahan
4 cawan pulut susu
Daun pandan & daun pisang
2 mangkuk kecil santan
Garam
Durian
Cara membuat
Rendam pulut susu selama satu jam, tapis atau sejat pulut yg direndam tadi.
2. Lapik periuk pengukus dengan daun pisang, masukkan pulut bersama daun pandan untuk wangikan pulut. Kukus selama 15 minit.
3. Sementara pulut dikukus, sediakan santannya. Bancuh santan bersama garam sedikit, selepas 15 minit keluarkan pulut yang dikukus tadi dan gaul sebati dengan bancuhan santan. Kemudian kukus semula sehingga pulut masak , 25-30 minit.
4. Untuk santan dimakan dengan pulut, masukkan santan dalam periuk dan gaul dengan sedikit garam. Masak sekejap menggunakan api perlahan kemudian tutup api.
5. Sediakan letak durian dalam pinggan, bersama dengan pulut dan tuang kuah santan. Sedia dinikmati. Boleh juga hidangkan dengan gula kabung/ gula nira/ gula melaka.
INFO: Boleh juga masak pulut dalam rice cooker. Lebih senang tapi hasilnya tak sama dengan cara mengukus. Pulut yang dikukus lebih cantik.
Tanah antara faktor utama yang menyumbang pada kesuburan tanaman kita. Ada yang dah siram cukup, baja tapi sayur atau pokok ditanam tak juga subur.
Jadi geram pula bila usaha bercucuk tanam tak nampak kan hasil sedangkan rakan-rakan lain melakukan hobi sama subur elok sayuran mereka.
Jika tanah jadi punca tanaman kita tak menjadi boleh cuba tip yang dikongsi oleh Aimah Raiyan tentang cara beliau menyuburkan kembali tanah sebelum menanam pokok atau sayuran baru. Kalau lihat perkongsian tanamannya memang geram. Elok subur belaka.
Cara suburkan tanah sebelum tanam semula pokok
Sebelum ini ada yang kata tanah saya ini memang sedia subur, sebab itu pokok selalu menjadi. Sebenarnya tak juga. Ada juga tanaman yang mati sebelum berhasil.
Tapi ini cara yang saya lakukan untuk suburkan semula tanah sebelum tanam pokok.
Ambil tanah kompos kemudian campur dengan tanah bakar + tinja haiwan proses (bukan yang fresh ya) nanti pokok mati. Campuran tanah yang digunakan semuanya agak-agak saja ya.
Ini tanah kompos yang siap sedia boleh guna. Kompos dari sisa kebun yang kami longgok tepi kebun. Kalau ada sisa sayur dapur pun kumpul di situ.
Biar atau simpan dulu tanah yang dicampur untuk sebulan dua. Kemudian campur cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus)+ kapur pertanian (bukan kapur masak). Boleh beli di kedai pertanian atau nusery.
Kalau ada kulit telur yang dah ditumbuk halus pun boleh campur sekali. Selepas gaul rata, biarkan dalam seminggu dua.
Kalau nampak ada rumput dah mula tumbuh bermakna dah boleh guna. Dah alih tanah, lepas seminggu boleh baja macam biasa.
Sebelah atas itu batas sebelum guna tanah yang dirawat. Nampak beza kan.
Tanah pun macam manusia, perlu diberi makan. Kena sabar juga ya.
Ini antara tanaman yang ditanam oleh Aimah Raiyan.
Tanam anak pokok buah keliling rumah tapi asyik lupa nak siram. Atau pun lokasi pokok jauh jadi penat untuk berulang alik siram pokok.
Penyelesaiannya boleh ikut cara Shidee Roshadi. Ini cara paling bajet, tak perlu modal boleh guna botol atau plastik saja.
Caranya;
1. Ambil botol (botol air mineral/minyak) atau boleh guna guna plastik. Tebuk lubang halus menggunakan jarum.
2. Isi penuh air dan tutup. Letak botol atau plastik tadi dekat dengan tanaman/pokok.Titisan air dari lubang kecil tadi akan melembapkan tanah, jadi tak perlu lagi menyiram.
3. Supaya tak perlu siram lama boleh guna botol minyak yang besar. Lebih kukuh dan tak mudah terbalik.
4. Isi air jika nampak berkurang. Cara ini kata Shidee boleh bertahan hampir seminggu untuk anak pokok mangga dan juga kuinin yang ditanam.
5. Boleh juga beli alat ini dan sambung pada botol (boleh beli di Shopee).
Fuel pump atau pam minyak merupakan antara elemen penting komponen dalaman kereta anda. Ia berfungsi membekalkan bahan api yang diperlukan oleh enjin dengan konsisten...