Biasa terjadi pintu bilik atau bilik air di rumah terkunci dari dalam. Mungkin tanpa sengaja tertekan atau pintu terhempas kuat. Lagi buat kita kalut di dalam itu ada bayi dan kita pulak tiada kunci spare.
Jangan cemas sebab ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuka pintu tombol ini. Modalnya boleh jadi sehelai kertas, kad, atau pembaris.
Ads
Buka tombol pintu yang terkunci dari dalam guna sekeping kertas
1. Cara kertas yang agak keras 2. Lipat kertas jadi segi empat 3. Menggunakan bucu kertas tadi tolak masuk di celah-celah pintu, supaya kena pada kuncinya. 4. Bila terkena pada kuncinya, tombol biasanya akan terbuka.
Untuk lebih jelas boleh lihat video di bawah.
Ads
Guna kad dan pembaris
Kaedahnya sama dengan menggunakan kertas.
Ads
Boleh praktik ya jika kejadian pintu terkunci berlaku di rumah.
Cucur ikan bilis ini memang kegemaran untuk makan waktu pagi atau petang. Nampak macam mudah saja nak buat tapi ramai juga yang tak menjadi bila buat cucur bilis ini.
Asyik keras saja, tambah pula bila sejuk jadi liat pula. Untuk dapatkan cucur bilis yang lembut di dalam dan rangup di luar ada beberapa petua yang biasa dikongsi, antaranya guna air panas.
Tapi kalau guna air panas pun cucur tak juga menjadi, boleh guna pula tip ini pula. Masuk nasi kisar dalam adunan, Insya-Allah cucur bilis lembut walau dah sejuk. Caranya dikongsi oleh Noriza Jaja.
Tip cucur bilis lembut, campur nasi kisar dalam adunan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan nasi (kisar)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
1/2 biji bawang Holland atau bawang besar (hiris)
Daun bawang,tauge,kucai, cili merah
1 biji telur
Garam,serbuk kunyit,
1 sudu teh baking powder(tak letak pun tak mengapa)
Air sejuk
Cara membuat:
1. Campur bawang, tauge, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.
2. Kemudian tambah tepung dan gaul lagi. Letak sedikit air kalau terlalu pekat.
3. Letak garam, serbuk kunyit dan baking powder (jika mahu).Kacau sebati. Pastikan adunan tak cair nanti sebab nanti cucur akan jadi leper. Mesti pekat macm dalam gambar.
4. Panaskan minyak kemudian ceduk adunan boleh guna jari jemari untuk nak dapat bentuk bulat. Goreng sampai kekuninggan atau garing. Angkat dan hidang waktu masih panas.
Tip
Jika tak guna baking powder pun tak mengapa janji adunan pekat.
Boleh juga letak marjerin dalam 2 sudu besar dalam adunan. Cara ini cucur rangup di luar dan lembut di dalam.
Tak kira tua atau muda, ramai saja yang selalu mengalami masalah sakit pinggang. Wanita pula akan selalu berdepan masalah ini bila tiba waktu period.
Ketika ini rasa serba tak kena dibuatnya. Selalu apa yang kita lakukan untuk mengatasi masalah sakit pinggang ini adalah dengan mengambil ubat tahan sakit tapi kalau ambil dengan kerap sudah tentu tak elok untuk tubuh badan.
Alternatifnya anda boleh lakukan senaman regangan ini yang dikatakan dapat meredakan sakit pinggang.
1. Duduk luruskan kaki dan tunduk
Dalam keadaan duduk luruskan kaki. Kemudian ambil nafas secara perlahan-lahan tunduk, sambil tangan memegang kaki.
2. Satukan tumit
Masih dalam keadaan posisi duduk, pegang pergelangan kaki dan cuba satukan kedua bahagian tumit atau telapak kaki. Kemudian tolak sedikit badan ke depan.
3. Buka kaki, tolak badan ke depan
Masih dalam posisi duduk kaki dibuka, pastikan lutut dalam keadaan lurus. Kemudian tolak badan ke depan perlahan-lahan.
4. Duduk dan terlentang
Duduk dalam posisi lutut dilipat. Pastikan badan dalam keadaan lurus dan tangan pada paha. Secara perlahan-lahan baring terlentang sambil luruskan badan. Cuba tahan dalam posisi ini selama satu minit.
Mudah saja kan, semua dalam keadaan duduk! Ulang 4 set senaman ini ketika berasa sakit pinggang. Semoga bermanfaat.
Lauk sardin memang jadi kegemaran ramai. Ini lah lauk yang boleh membangkitkan selera bila dipadukan dengan telur mata. Tapi sekarang harga sardin tin ini pun dah naik. Nak beli lebih dari setin pun berkira-kira.
Kalau anda jenis rajin, boleh cuba buat sendiri sardin ini. Bukan saja jimat tapi boleh olah ikut cita rasa kita yang mungkin nak lebih pedas atau banyak kuah. Lagi satu sardin homemade macam ni dah tentulah halal dan bersih. Bagi yang nak cuba, caranya boleh ikut perkongsian Nolela Abdul Lahak.
Sardin homemade
Bahan-bahan:
2 kilo ikan sardin 1 tin tomato puri 2 senduk cili kisar 2 senduk bawang kisar 1 cawan air asam jawa 1 botol sos cili Garam Serbuk perasa Cuka Minyak untuk menumis
Cara membuat:
1. Tumis bawang dan cili kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan air asam jawa, cili sos, tomato puri.
3. Tambah air hingga menutupi ikan. Lebih pun tak mengapa sebab nanti bila masuk dalam pressure cooker kuah akan cepat pekat.
4. Masak dalam 60 minit, tulang ikan akan lembut macam sardin tin yang kita beli.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...