Cara Cambah Biji Benih Guna Span, Tak Perlu Pakai Tanah. Nak Alih Anak Pokok Pun Senang

Share

Nak cambah biji benih untuk tanam sayur tak semestinya guna tanah. Kalau tak nak kotor dan bersepah boleh guna kaedah span macam ni.

Langkahnya boleh ikut perkongsian Ardi Tani

1. Potong span ikut size netpot yg nak digunakan. Cubit sikit bahagian tengah span untuk dijadikan lubang letak biji benih. Boleh beli span di kedai hardware atau boleh guna span yang bersesuaian.

Boleh juga guna span yang dah sedia dijual. Klik SINI untuk beli.

2. Rendam span dalam air dan ramas supaya span basah.

3. Susun span tadi dalam tray. Guna tray yang berlekuk bawah seperti dalam gambar supaya akar senang nak keluar dari bawah span nanti. Masukkan sedikit air.

4. Ini pula biji benih yang digunakan, ia sudah dirawat oleh pengilang. Letak sebiji saja setiap lubang pada span. Kemudian sembur air halus supaya bahagian bawahnya basah.

5. Letak tray di tempat teduh. Ini adalah gambar biji benih usia satu hari tapi dah bercambah.

Ini pula semaian biji benih bayam, span di belah tengah dan letak biji benih dalam belahan.

6. Bila sudah bercambah (anak benih berdaun empat bolehlah alihkan ke tapak semaian atau pasu.

Foto: Facebook Saufi Tahir

Selamat mencuba!

Sumber: Ardi Tani & Foto Saufi Tahir

 

IKLAN