Bila tiba musim haji macam sekarang ini dan lihat pula jemaah yang bakal berangkat ke tanah suci hati kita rasa teruja nak jejak ke sana.
Kalau dah ada hasrat tak perlu tunggu lama, kena mula mendaftar. Jangan risau sangat pasal duit deposit sebab sekarang ada saja cara untuk mudahkan pendaftaran haji cuma kita saja yang tak tahu.
Cara yang paling mudah nak daftar haji tanpa keluar duit adalah melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ya, maksudnya pemilik akaun KWSP tak perlu pun menyediakan deposit RM 1,300 ketika membuat pendaftaran haji seperti biasa dan kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Ha menarikkan! Macam mana caranya? Ikut langkat Ini yang VK petik daripada laman web KWSP.
Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) TANPA perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.
Satu lagi, kemudahan ini juga tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.
Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja. Untuk emak, anak isteri atau ahli keluarga lain belum boleh lagi.
Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.
1. Pemilik akaun KWSP boleh pergi ke cawangan LTH, Bank Rakyat atau Bank Islam untuk mendaftar haji.
2. Bawa bersama MyKad dan Penyata Ahli KWSP.
3.Maklumkan kepada pegawai TH anda mahu mendaftar haji menggunakan KWSP dan proses pendaftaran haji seterusnya adalah mengikut prosedur semasa LTH.
Meski menggunakan akaun KWSP namun pendaftaran haji ini tidak melibatkan pengeluaran duit dari akaun pun, ia sekarang cagaran saja.
Kemudahan ini sebenarnya sudah ada sejak 3 Januari 2012 lagi ya. Kita saja yang tak tahu.
Selamat mendaftar ya!
Sumber: www.kwsp.gov.my