Bila memohon pekerjaan satu perkara wajib ada selain resume adalah sijil-sijil peperiksaan. Tapi banyak berlaku sijil ini hilang boleh jadi keciciran, banjir, pindah rumah dan sebagainya.
Boleh pening juga memikirkan sebab bila dipanggil interview, majikan mahu melihat sijil asal. Tapi jangan bimbang, dulu memang agak susah untuk dapatkan kembali sijil tapi sekarang lebih mudah.
Kalau hilang sijil boleh saja buat permohonan untuk dapatkan kembali salinan sijil peperiksaan secara online.
Tak perlu ke pejabat pendidikan pun, untuk ambil. Bila dah isi borang, setelah permohonan yang disemak dan diluluskan sijil akan dihantar terus ke rumah menggunakan khidmat pos. Ha kan senang.
Info ini dikongsi oleh Eim Ariepin.
2. Pilih salinan keputusan peperiksaan yang diperlukan dan isi detail yang dikehendaki.
3. Tak sampai seminggu sijil akan dapat melalui pos, tapi ada sedikit caj yang akan dikenakan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Eim Aripien