
Isi Kandungan
Toggle
Mengintai instagram milik penyanyi dan pelakon, Erra Fazira baru-baru ini memang nampak sweet sangat. Mana taknya, dia dan anaknya, Aleesya main tulis-tulis nota untuk memberi semangat dan inspirasi antara satu sama lain.
Menurut Erra dalam kapsyen gambar tersebut, menulis nota memang menjadi aktiviti mereka dua beranak. Ianya untuk menggembirakan dan surprise antara sesama sendiri.
Antara aktiviti kami, dua beranak.. sama sama suka tulis notes and surprise each other.. ??.
Jom kita tengok nota yang diberikan.
Kalau sedih tengok video saya
Love you mom
You have me!
Kamulah kekuatan ketika saya lemah
Fokus dan buat yang terbaik
A = Aleesya
Netizen turut menyukai aktiviti menulis nota ini dan menganggapnya sesuatu yang sweet antara Erra dengan Aleesya.
Alahai comelnya
Berkaca mata
Cantik tulisan
Sumber: Erra Fazira
Dapur Lama Tapi Maintain Kemas & Bersih. Tip Mudah Wanita Ini, Jangan Letak Barang Atas Table Top!

Isi Kandungan
ToggleDapur usia dah berbelas tahun tapi kekal bersih dan kemas. Tiada pun kesan kotor sana sini walaupun warnanya cerah.
Rupanya pemilik dapur ini Jenn Lee Goldfish memang sangat menekankan kekemasan dan kebersihan bahagian ini. Salah satu tip yang dikongsi supaya dapur sentiasa kemas adalah jangan letak barang di bahagian atas dapur!
Seterusnya ini tip lain yang beliau titipkan, yang juga boleh kita praktikkan.
Cara jaga dapur supaya sentiasa kemas dan bersih
Kelmarin saya post dapur yang belum siap kan? Ramai yang rasa cantik tapi saya mahu kongsi macam mana cara jaga dapur. Gambar ini adalah rumah saya sekarang yang sudah 14 tahun saya tinggal.
1. Jangan letak barang atas dapur
Saya tidak suka simpan banyak barang atas dapur, semua dalam kabinet termasuklah gula, garam kicap minyak masak. Tiada yang berada di luar kecuali sudu garfu, yang lain haram sekali untuk berada Di atas meja dapur.
Mungkin ada yang akan cakap ehh si Jenn tidak masak di rumah. Suami saya selalu masak. Tapi dia pun terikut sudah gaya saya yang mengharamkan barang di atas meja.
2. Kain lap jangan letak merata
Kain lap meja jangan sesekali letak merata. Belilah towel yang cantik sikit harga RM4 di Mr Diy ada 3 keping tu. Lepas lap, keringkan di luar rumah jangan sidai di mana-mana bahagian dapur.
3. Plastik terpakai kena lipat
Plastik terpakai jangan main sumbat sahaja, lipat cantik cantik dan masuk satu bekas. Ini perlu dijadikan aktiviti keluarga. Ajar anak anak tolong lipat.
4. Lepas masak mop lantai, lap dapur sampai berkilat
Lepas masak, jadikan habit untuk mop lantai, lap dapur memasak sampai kilat. Piring mangkuk, lepas makan kena terus cuci, tiada orang lain akan tolong cuci. Siapa makan terus cuci sendiri, bukannya cacat pun.
5. Alas meja pilih yang tiada corak
Kalau dapur kamu lapis mejanya pakai tikar getah, pilih yang tiada corak, atau pilih yang corak marble supaya dapur kamu nampak selesa, tidak sesak.
6. Langsir dapur
Jangan simpan langsir warna terang di dapur. Pakai warna putih kalau mahu ada langsir supaya dapur nampak luas. Dapur saya tiada langsir supaya senang mau tengok di luar waktu malam.
Walaupun hidup kami sederhana, hati senang bila barang tidak banyak berterabur. Rezeki senang masuk, suami isteri jarang berselisih faham.
Dapur ialah nyawa kita, sumber rezeki. Jangan sesakkan dapur kita dengan barang barang yang kita fikir mahu guna nanti. Saya baru buang 3 plastik besar barang minggu lalu sebab saya tidak pakai juga. Less is more.
Sumber: Jenn Lee Goldfish
Buat Sendiri Nasi Goreng Cabai Tumbuk, Isi Ikan Goreng. Nasi Goreng Nostalgia Orang Tua Dulu Dulu

Ingat tak masa kecil-kecil dulu mak atau nenek kita selalu buat nasi goreng ini. Bahannnya cuma cabai kering, bawang, ikan goreng lebihan semalam tapi rasa nasi goreng ini punyalah sedap. Sampai sekarang kita teringat-ingat.
Kalau teringin nak rasa kembali nasi goreng nostalgia ini buat je sendiri. Caranya dikongsi oleh Shamshinar Mohd Darus.
Cara buat nasi goreng cabai tumbuk, isi ikan goreng
Bahan-bahan:
Nasi sejuk
Cili/cabai kering – rendam dengan air panas dan tos
Bawang merah
Bawang putih
Ikan goreng – ambil isi ikan saja
Ikan bilis
Cara membuat:
1. Tumbuk semua bahan kecuali nasi dan ikan goreng. Jangan tumbuk terlalu lumat (jika guna pengisar rasanya akan tak sama).
2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula jika mahu. Gaul hingga sebati.
4. Bila nampak bahan ditumis sudah masak masukkan nasi sejuk dan isi ikan goreng. Gaul sebati.
5. Siap boleh dihidang.
Info: Jika tak mahu pedas boleh tukar cili kering kepada cili hidup.
Selamat mencuba.
Sumber: Shamshinar Mohd Darus
Perkongsian Hanis Zalikha Ini Buat Kita Faham Betapa Lemahnya Ibu Yang Alami Morning Sickness Teruk. Nampak Remeh Tak Sebenarnya…

Isi Kandungan
Toggle
Ada orang yang tak faham dengan keadaan ibu hamil yang melalui morning sicknes atau alahan mengandung yang teruk. Ada yang kata mereka terlalu ikut perasaan tapi hanya empunya diri yang tahu.
VK pun tak pernah kena alahan teruk, cuma light-light jer tu pun rasa tak larat sungguh. Tapi lepas baca perkongsian Hanis Zalikha ini barulah tahu keadaan sebenar mereka yang melaluinya. Simpati sunggguh. Harapnya orang lain pun faham terutama para suami. Jangan nak kata isteri ngada-ngada ya!
Hanis kongsi apa yang dialami sekarang
Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya. Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde.
Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Kena kuat semangat
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.
Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir. Adalah tu zat2 yang sempat terserap.
Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Minta tolong suami ingatkan waktu makan
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.
Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Sesak dada, terkulai, loya
Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua. Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol.
Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat-sangat. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.
Hanis berkongsi pengalamannya ini dalam satu post di instagram. Dalam pada itu ramai ibu yang memberi respon berkongsi pula pengalaman mereka yang tak kurang teruknya. Sabarlah mommy semua!
Sumber: instagram haniszalikha