Cara Hapuskan Kutu Kucing Guna Kaedah Water Trap Supaya Tuan ‘Bulus’ Tak Kena Gigit

Share

Kutu kucing bukan saja beri masalah pada kesihatan si bulus tapi juga pemiliknya. Kutu ini boleh bertebaran di dalam rumah dan menggigit penghuninya.

Kalau digigit kutu kucing ini ia akan menyebabkan kemerahan dan dan bengkak pada kulit dan terasa sangat gatal seperi gigitan serangga. Jika terkena pada anak kecil lagilah kasihan.

Foto: Facebook Kucing Malaysia

Sebab itu kutu kucing merayap di dalam rumah atau bilik ini perlu dihapuskan. Salah satu caranya adalah dengan membuat water trap seperti perkongsian Dak AddAm.

Cara buat water trap untuk hapuskan kutu kucing dalam rumah

Ok daddy dan mami bulus!
Kucing-kucing daddy Adam memang kerap dimandikan, bubuh ubat kutu, sikat bulu, tapi pelik kenapa masih ada kutu.
Salah satu sebabnya mungkin kita terlupa atau terlepas pandang bahawa bilik mereka juga perlu dinyahkuman dan kutu juga. So, malam tadi buat water trap ni.

1. Masukkan anak bulus dalam sangkar.

2. Sapu dan mop lantai dengan cecair pembasmi kuman.

3. Sediakan water trap, masukkan air dalam pinggan atau bekas dan titiskan sedikit sabun.

4. Letak lilin/atau lampu kecil di tengah pinggan.

5. Kemudian letak di atas lantai dan tutup semua lampu, biarkan ada cahaya lilin itu saja.

6. Cara ini kutu yang ada di dalam bilik akan tertarik untuk pergi ke arah cahaya lilin dan akhirnya masuk ke dalam water trap tadi.

7. Esok pagi boleh lihat hasilnya. Kutu kucing ini akan mati ‘kelemasan’ dalam pinggan berisi air. Selepas itu mop lantai dengan air panas bersama dengan sabun lantai hinga bersih.

8. Ulang proses ini setiap hari selama seminggu untuk memastikan semua kutu dihapuskan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dak AddAm.

Published by
VK