Beli santan segar tapi sekali bukak cair sangat dan ada juga dah masam. Rugi betul. Supaya tak terkena, lagi elok kita buat sendiri. Lagi pun guna santan segar hidangan pun lagi sedap berbanding santan kotak.
Kalau nak sediakan sendiri santan segar boleh guna cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini untuk dapatkan santai yang lebih banyak dan tahan lama.
Ini Cikgu buat kelapa parut untuk 2 biji.
1.Perasan tak kalau frozen dulu kelapa parut kita tak terus kisar lepas beli, ia akan mengering sikit. Jadi mengecut. Dan ambil masa juga untuk defrost dan kembali asal balik.
Tipnya, rendam kelapa parut dengan air panas. Bagi isi kelapa tu mengembang semula. Dengan cara ini juga santannya lebih banyak.
2.Nak mudah masukkan kelapa parut tadi dalam pengisar. Pastikan air menyamai paras kelapa parut.Kisarlah beberapa kali secara on off.
3. Sebenarnya kalau ada penapis kain yang kita guna untuk buat air teh macam kat kedai tu lagi terbaik. Kalau takda ikut je cara cikgu ni. Tuang kelapa yang dikisar tadi ke dalam penapis ini.
4. Okay inilah tip yang perlu diikuti. Ramas-ramas seketika kelapa ini. Ikut petua sesetengah orang lama, kelapa diperah menggunakan ibu jari semasa santannya keluar. Petua ini untuk mengekalkan santan lebih lama. Relevan ke tidak cikgu tak pasti.
Cikgu kisar sekali sahaja kelapa tadi sebab dah guna banyak air. Terpulang kepada kuantiti santan yang kita perlukan okay?
6. Nah hasilnya. Santan yang siap dikisar dan diperah. Ngam-ngam pekat dan cairnya.
7. Untuk pastikan santan betul-betul clear dari hampasnya, cikgu tapis lagi sekali. Kali ini cikgu gunakan penapis teh. Haa tengoklah. Masih ada lagi kan hampas yang mendap sekali dengan santan.Boleh buat dua tiga kali.
8. Nak mudahkan pembungkusan, masukkan santan dalam jag. Kemudian perlu sediakan getah dan plastik. Tuanglah santan tadi dalam plastik. Kemudian ikat ketat. Dah siap santan segar buat sendiri! Bolehlah simpan dalam freezer.
Jimat duit kan. Tak dalah asyik terkena santan cair ‘loleh’ dan kadang masam. Tahap kebersihan pun lebih terjamin.
Semoga bermanfaat
Sumber: Afy Al Habibi
Video berkait : Simpan Cili Padi Dalam Botol Supaya Tahan Lama, 4 Bulan Pun Elok Lagi