Adanya pelbagai kemudahan pesanan secara online menyebabkan SMS sudah jarang digunakan sebagai medium komunikasi. Kita lebih banyak menggunakan WhatsApp, Telegram, Emel, DM, PM dan dan sebagainya.
Namun begitu perkhidmatan SMS ini masih lagi diperlukan untuk tujuan penghantaran maklumat dari pihak bank, telco,dan sebagainya.
Ads
Tapi satu yang kita harus hati-hati memandangkan tidak selalu menggunakannya, ia sering kali dijadikan salah satu medium bagi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan “haram” dengan mengenakan langganan mingguan atau bulanan bagi perkhidmatan yang tidak sama sekali diketahui oleh pengguna.
Cara hentikan
Sebagai contoh, langganan permainan atas talian, horoskop, tips nombor ekor dan lain – lain yang mana caj akan dikenakan pada bil bulanan telco anda. Sekiranya berlakunya perkara tersebut, berikut langkah pertama yang boleh anda lakukan untuk menghentikan langganannya.
Ads
Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membalas kod berikut pada SMS yang diterima
STOP
UNSUBSCRIBE
END
QUIT
CANCEL
Anda boleh mula membalas dengan kod STOP, sekiranya tiada respon maka anda boleh membalasnya menggunakan kod mengikut aturan seperti diatas.
Ads
Sekiranya masih tidak berjaya, anda boleh cuba membuat panggilan kepada penyedia perkhidmatan telco anda untuk meminta bantuan.
Pokok bendi, tomato, kacang panjang, terung, cili dan sebagainya antara sayuran yang selalu ditanam sekeliling rumah.
Bila dah tanam tentulah mengharapkan ia berbuah lebat untuk merasa hasilnya. Tapi ada juga yang tanam namun buahnya setakat 3-4 biji saja, sedangkan orang lain tanam punyalah meriah buah.
Antara faktor yang memainkan peranan pokok sayur berbuah lebat adalah pembajaan. Sistem pembajaan pokok sayur jenis buah ini perlulah sesuai. Tak cukup sekadar guna baja tahi ayam saja.
Sebagai panduan, nurseri Halaman Subur memberikan tip sistem pembajaan untuk dipraktikkan supaya pokok sayuran yang ditanam berbuah lebat.
Nak pokok sayur berbuah lebat, tak cukup guna baja tahi ayam saja
Ramai yang bercucuk tanam merasakan guna baja tahi ayam saja dah cukup. Tapi hakikatnya baja tahi ayam mempunyai nilai NPK yang rendah dan tidak sesuai digunakan secara berterusan.
Ini yang perlu kita faham
Pokok memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menghasilkan bunga yang seterusnya akan menjadi buah.
Oleh itu, nilai K iaitu kalium atau potassium perlulah tinggi supaya buah dapat dihasilkan dalam kuantiti yang maksimum. Dalam bahasa mudahnya nak boost pokok keluar buah pada tahap maksimum.
Satu pokok terung contohnya berupaya mengeluarkan hasil lebih dari 1 kg. Untuk dapatkan 1kg terung bersaiz sederhana bukannya banyak, cukup 4-5 biji. Jadi bandingkanlah pokok yang berbuah cuma 2-3 biji baja.
Apa yang saya praktikkan, saya akan guna baja biji pada awal tanam sehingga pokok mengeluarkan bunga.
Apabila pokok berbuah, saya akan selangkan pembajaan dengan menggunakan baja buah. Boleh juga guna jenis baja larut air lagi cepat nampak kesannya nanti.
Tip ini mungkin berguna untuk rumah yang ada masalah tikus. Haiwan ini bila ada dalam rumah bukan saja, bahan makanan malah wayar pun digigit hingga beri masalah lain pula untuk kita.
Antaranya adalah wayar aircon untuk unit di bahagian luar. Kalau di rumah ada masalah yang sama boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mohd Hazwan Tajip ini. Guna berus sabut!
Tip elak tikus gigit wayar guna berus sabut
Siapa pernah kena macam ni? Hidupkan aircond, indoor unit hidup tapi outdoor unit senyap je. Rupa-rupanya tikus dah masuk outdoor unit aircond dan gigit wayar. Bila panggil tukang repair, mudah saja. Panjat, buka dan sambung semula wayar. Hidup semula. Bayar tukang. Selesai.
Tapi bila sebulan sampai 2 kali kena macam ni, duit kita yang selesai kalau biarkan.
Petua yang diberi oleh tukang repair, letak berus sabut di tempat piping masuk.
Fungsinya, berus sabut yang tajam akan halang tikus masuk kerana muncungnya akan tercucuk sabut yang keras.
Jadi terus beli berus sabut dan letak tempat yang tikus boleh masuk. Cuba saja. Modal pun tak besar mana. Lepas letak, Alhamdulillah dah dekat setahun tiada masalah tikus gigit wayar dalam outdoor unit.
Semua outdoor unit saya letak untuk elak tikus masuk. Siapa ada masalah ni, boleh cuba. Mungkin membantu.
Nampak macam sup ayam tapi bukan. Yang ini adalah stew ayam bersama kentang dan lobak. Kalau dah biasa buat sup ayam boleh cuba buat hidangan stew ini pula.
Berbanding sup, stew ayam ini lebih pekat kerana turut dimasukkan bancuhan tepung jagung dengan air. Stew ini boleh masukkan sekali kentang dan lobak, jadi makan satu lauk ini saja dah cukup lengkap.
Jika nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Eryn TJ
Cara buat stew ayam dengan kentang dan lobak
Bahan-bahan
1 ekor ayam -potong kecil
3 biji ubi kentang -potong empat
1 biji lobak merah -potong empat
1 biji bawang holland -hiris nipis
4 ulas bawang putih -diketuk
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 tangkai daun bawang -hiris
2 sudu besar tepung jagung (bancuh bersama 4 sudu besar air)
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
1 kiub stok ayam
Cara memasak :
1. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga keperangan. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam menjadi sedikit keperangan.
2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap air dan gaul rata bersama ayam.
3. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Masukkan air biar ayam, ubi kentang tenggelam dan kiub ayam.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa, serbuk lada putih & serbuk lada hitam tumbuk dan renehkan di api kecil selama 30 minit hingga ayam, kentang & lobak masak.
5. Masukkan air jagung sedikit demi sedikit untuk memekatkan kuah dan gaul rata. Tutup api dan taburkan daun bawang.