
Blender atau pengisar di dapur biasanya akan ada kesan kuning hasil dari mengisar kunyit dan juga cili. Malah kesan kuning ini dah sebati walau dibasuh dengan sabun pencuci tetap tak hilang.
Sebenarnya bukan tak boleh hilang, cuma cara yang digunakan kenalah betul. Jika kena caranya memang sekejap saja hilang kesan kuning ini seperti cara yang dikongsi oleh Norbaya Dahalan. Caranya memang mudah sangat;
1. Sediakan;
-Baking soda
-Cuka makan
-Cecair pencuci pinggan
2. Masukkan semua bahan di atas bersama air dan kisar lebih kurang 1-2 minit.
3. Buang air kisar tadi dan bilas. Waktu ini boleh nampak blender kembali bersih, tiada lagi kesan kunyit.
Selamat mencuba
Sumber: Norbaya Dahalan
Cara Betul Urut Sendiri Kaki Yang Sakit & Lenguh, Ikut 8 Langkah Ini!

Isi Kandungan
ToggleKaki yang lenguh sebab berdiri, berjalan waktu hujung minggu lalu memang lega betul kalau dapat diurut.
Untuk dapat kelegaan ini tak perlu pun cari tukang urut. Kita boleh lakukannya sendiri asalkan tahu teknik dan langkah urutan yang betul.
Cara urutan kaki untuk hilangkan rasa sakit dan lenguh ini dikongsi oleh Sarifa Redzuan boleh kita praktikkan di rumah.
Langkah urutan kaki yang betul
1. Sapu minyak seluruh kaki.
2. Guna tapak tangan bergiliran tarik ke bawah ke atas perlahan- lahan 6 kali (rujuk gambar 2) – Teknik Alternate Palm
3. Guna penumbuk tarik ke atas 6 kali (rujuk gambar 3) – Teknik Knuckle
4. Buat putaran ke atas 6 kali (rujuk gambar 4) – Teknik Thumb Circle
5. Guna ibu jari urut di tengah tapak kaki dengan laluan ke atas 6 kali (rujuk gambar 5) – Teknik Thumb Gliding
6. Urut bahagian tepi tapak kaki 6 kali (rujuk gambar 6) – Teknik Thumb Gliding
7. Urut bawah ibu jari kaki (rujuk gambar 7) – Teknik Thumb Gliding
8. Tekan setiap jari jari ( rujuk gambar 8) – Teknik Static Pressure
9. Ulang dari langkah 1- 8 pada sebelah kaki lagi.
10. Lap tapak kaki atau terus pakai stoking.
Selamat mencuba semua, kalau dah mahir boleh urut untuk pasangan pulak ya!
Sumber: Sarifa Redzuan
Cara Buat Sambal Kicap Johor Yang Sedap. Boleh Tahan Berbulan-Bulan Dalam Peti Sejuk

Kalau buat pisang atau tempe goreng hidang pulak dengan sambal kicap Johor ni memang layan. Bukan orang Johor pun ramai yang suka makan begini.
Sambal kicap ini jugak mudah saja membuatnya. Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Nur Qaseh sambal ini bukan saja sedap tapi boleh tahan berbulan-bulan dalam peti sejuk.
Cara buat sambal kicap Johor yang sedap ‘kebabom’ & tahan lama
Bahan-bahan
1 genggam cili burung (lebihkan kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 genggam bawang goreng
1 cawan kicap Kipas Udang atau jenama lain
1 sudu chicken stok
5 sudu gula perang
5 biji perahan limau
Cara membuat:
1. Goreng lada cili dan bawang putih hingga layu. Guna minyak sedikit saja ya. Angkat dan toskan minyak.
2. Kemudian masukkan dalam blender masukkan kicap, cili dan bawang putih yang digoreng. Masukkan juga bawang goreng, chicken stok, gula perang dan perahan limau.
3. Kisar sampai lumat. Dah siap. Sama nak pekat atau cair sambal kicap, ikut cita rasa kita.
4. Simpan dalam bekas bertutup. Kalau simpan dalam peti sejuk tahan berbulan-bulan. Tapi kalau selalu buat pisang atau tempe goreng mana mau tahan lama.
Selamat mencuba.
Sumber: Nur Qaseh
Subscribe YouTube Channel Vanilla Kismis untuk video menarik
Buat Mi Kuning Homemade, Cuma Guna 4 Bahan. Tak Perlu Ada Mesin, Hiris Dengan Pisau Saja

Isi Kandungan
Toggle
Selama ini ingatkan susah buat mi kuning, kena ada mesin bagai tapi bila baca cara yang dikongsi Norain Naim ada cara mudah rupanya.
Cuma guna 4 bahan yang sememangnya ada di rumah, hiris mi pula pakai pisau saja. Percubaan kali pertama buat tapi dah menjadi katanya.
Bagusnya mi ini tak guna apa-apa bahan kimia, kapur, pengawet atau asid borik. Selamat dan sihat untuk kita makan.
Mi homemade 4 bahan
Bahan-bahan
300 gram tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
Air suam
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam (tambah sedikit serbuk kunyit kalau nak mi nampak kuning). Air agak-agak saja tau, sampai doh tak melekit pada tangan. Jangan lebih air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Waktu canai nipis doh tabur tepung sedikit supaya tak melekat. Dah canai nipis lipat doh tadi. Sila tengok gambar ye. Lipat untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak perlu lipat.
4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Guna pisau saja, kita suruh suami yang potong. Ikut cita rasa masing-masing nak nipis mana.
5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut
6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais supaya mi terlebih kembang. Letakkan minyak sikit supaya mi cantik berderai.
Elok je mi homemade ni, tanpa bahan kimia, selamat untuk dimakan.
Sumber: Norain Naim
Nak beli mesin mi kuning pun boleh juga. Klik SINI
Artikel berkait
Cara Buat Mee Sizzling Sebijik Macam Makan Di Food Court
Cara Goreng Bihun Agar Elok Lembut, Sedap & Tahan Sampai Malam