Cara Hubungkan Akaun Tabung Haji Dengan Kad ATM Maybank Untuk Mudahkan Buat Simpanan & Pengeluaran

Share

 

Bagi pengguna Maybank dan Tabung Haji ramai maklum ada perkhidmatan yang memudahkan pengguna memasuk dan membuat pindahan wang antara keduanya secara online di Maybank2u.com

Tapi ramai yang tak tahu selain menggunakan perkhidmatan online ini, kita juga boleh menghubungkan kad ATM Maybank ke Tabung Haji. Jadi kalau tiada kemudahan internet boleh saja membuat urusan melalui ATM.

Boleh ikut langkah mudah ini yang dikongsi Official : Lembaga Tabung Haji supaya memudahkan kita untuk membuat simpanan Tabung Haji. Nak buat untuk akaun Tabung Haji anak pun boleh!

1.Pergi ke mesin ATM, masukkan kad berserta nombor pin.

2. Pilih menu Tabung Haji

3. Pilih menu ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad’

4. Masukkan nombor akaun TH anda.

5. Nombor Akaun dan Nombor Siri Akaun TH anda akan dipaparkan. Klik Ya.

Dah selesai, anda sekarang dah boleh buat urusan mendeposit atau membuat pindahan wang dari akaun Tabung Haji melalui ATM Maybank.

Boleh juga buat untuk akaun Tabung Haji anak

Untuk makluman, pendeposit boleh mendaftar akaun Tabung Haji anak bawah jagaannya sahaja dengan kad ATM Maybank dengan syarat penjaga akaun telah membuat link kad ATM dengan akaunnya sendiri.

Bagi pengaktifan (link) akaun TH dengan kad ATM Maybank boleh dilakukan di mesin ATM Maybank seperti di bawah :

1. Pilih pada menu ” Tabung Haji”
2. Klik pada ” Daftar akaun TH ke kad ATM” (Akaun Sendiri) / “Daftar akaun kanak-kanak TH ke ATM kad”


3. Masukkan butiran seperti Nombor Akaun Tabung Haji & No Siri Buku Akaun Simpanan (BAS). Bagi maklumat pada ruangan nombor siri BAS, pendeposit perlu memasukkan “000000000” pada medan nombor siri buku tersebut.
4. Link Akaun telah berjaya dilakukan.

Sumber: Official : Lembaga Tabung Haji

 

 

 

 

Published by
VK