Cara Isi Borang Cukai E-Filing Untuk Korang Yang First Time Kena Isi

Share

 

Tahun ni mesti ramai yang kali pertama isi borang cukai E-Filing kan. Ramai juga yang susah hati dan belum isi lagi.

Kalau korang antara yang confused macam mana nak isi borang E-Filing mungkin boleh rujuk panduan lengkap yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor.

Cara isi borang BE

Aduhh! Lia jadi susah hati bila tengok ramai lagi yang tak tahu cara macam mana nak submit borang cukai e-filling ni!

Dah la nak kena hantar ke LHDN sebelum 30 April ni. Tak lama dah tu. Jadi kena la cepat-cepat submit sebelum terlambat!

Tapi sebelum tu, berapa jumlah pendapatan seseorang perlu mula declare cukai?

Gaji bersih tahunan RM34,000 (selepas tolak EPF) kategori ini layak declare cukai.

Tak apa, korang yang dah sampai tahap gaji macam ini, declare je okay. Kena cukai tu belum tentu lagi, silap-silap dapat refund lagi!

Sini Lia kongsikan langkah-langkah mudah untuk isi borang BE (individu tiada pendapatan perniagaan)

#Step1
Pergi ke website http://edaftar.hasil.gov.my untuk isi borang pendaftaran on9

#Step2
Pergi ke mana-mana cawangan LHDN yang terdekat untuk mohon nombor PIN e-filling individu (16 digit)

#Step3
Pergi ke website https://ez.hasil.gov.my/CI/ ini untuk LogIn kali pertama. Masukkan nombor PIN dan nombor IC

#Step4
Set semula password baru dan juga frasa keselamatan (macam on9 banking pon ada juga)
.
#Step5
Login sekali lagi di website yang sama dengan masukkan nombor IC dan password baru

#Step6
Klik e-Filling, kemudian e-Borang

#Step7
Pilih tahun taksiran 2018

#Step8
Dekat sini ada 4 perkara kita kena isi dengan jelas iaitu : maklumat individu, segala pendapatan, pelepasan / rebat / tolakan cukai / pelepasan cukai dan rumusan.
.
#Step9
Lepas dah siap klik teruskan, cetak draf borang, tandatangan & hantar. Siap!
.
Jangan pening-pening ya. Nak tahu lebih details lagi tengok dekat setiap gambar di bawah ni, Lia ada tunjukkan step by step. InshaAllah lebih jelas.

1. Pergi ke website http://edaftar.hasil.gov.my/ untuk isi borang pendaftaran on9. Klik dekat INDIVIDU.

2. Klik pada borang pendataran online.

3. Pastikan letak IC di ruangan kotak IC. Lepas tu isi je maklumat yang diperlukan tu.

Isi dan ikut je maklumat yang mereka perlukan ini. Pastikan tulis alamat kediaman yang korang tinggal sekarang. Sebab alamat yang dimasukkan akan menentukan cawangan LHDN korang.

Bahagian nombor telefon bimbit dan email pon tolong isi betul-betul ya. Jangan salah isi! Sebab bahagian ini saaaangat penting.

4. Lepas dah isi semua maklumat, klik Hantar / Submit

5. Ha kat sini akan keluar no rujukan cukai korang. Dan akan bagitahu juga korang punya cawangan LHDN dekat mana.

SG = Salary Gain

Klik cetak mukasurat untuk tujuan semakan. Semua ni penting untuk rekod dan simpan.

6. Pergi ke cawangan LHDN yang terdekat dengan korang. Bagitahu nak borang permohonan nombor pin e-Filling individu. Isi maklumat dekat borang tersebut.

7. Kemudian bagi borang tu dekat kaunter LHDN. Mereka akan bagi 1 helai kertas ni dekat korang, iaitu No. Pin e-Filling. Simpan kertas ni baik-baik.

8. Pergi ke website https://ez.hasil.gov.my/CI/ ini untuk LogIn kali pertama. Dekat sini ada 3 langkah.

Langkah 1: Masukkan nombor PIN dan nombor IC. Klik Hantar

Langkah 2: Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul.

9. Set password baru dan frasa keselamatan. Dah siap klik Setuju

10. Langkah 3: Pastikan maklumat betul dan tekan butang Hantar

11. Sijil individu korang dah berjaya di daftarkan. Kemudian, Klik Sini untuk log masuk.

12. Masukkan nombor IC dan klik Hantar

13. Dekat sini nanti akan keluar Frasa Keselamatan. Masukkan password dan klik Teruskan.

14. Tengok dekat bahagian e-Filling tu, klik pada e-Borang

15. Klik Teruskan dekat e-Borang

16. Pilih Tahun Taksiran contoh 2018

Kotak yang bewarna kuning tu dah siap tulis info kita. Kita tinggal lengkapkan segala maklumat yang diperlukan tu je. Especially yang ada tanda * tu. Penting!

Dekat no akaun bank di isi dengan betul. Sebab LHDN akan tengok no akaun bank itu untuk buat refund (kalau ada).

17. Klik yang ke 2 tu pula iaitu Pendapatan berkanun, jumlah pendapatan dan pendapatan bukan penggajian bagi tahun kebelakangan yang belum dilaporkan.

Masukkan jumlah pendapatan berkanun tahun 2018 korang ya. Tengok borang EA. Pendapatan berkanun sewa tu maksudnya pendapatan dari sewa rumah

Jumlah derma dan hadiah yang diluluskan tu boleh letak JIKA ADA RESIT. Persoalannya, simpan ke tak resit-resit tu semua? Ha nanti Lia kongsikan cara nak simpan resit ni ya.

Isi juga semua maklumat di sini. Bahagian ini yang paaaaling penting! Di sini la akan bantu korang untuk kurangkan bayaran cukai. Dan dekat sini juga la korang boleh tahu sama ada dapat refund atau tak.

Apa-apa pon, di ingatkan sekali lagi pastikan kita simpan resit yang kita tuntut selama 7 tahun ya. Hehe.

Ini pon sama isi juga. Isi baik-baik.

18. Kalau kita masukkan amount dekat zakat itu pon kena ada resit tau. Dah settle klik pada Rumusan.

19. Kalau ada keluar perkataan lebihan bayaran tahun taksiran 2018, maksudnya kalau ada lebihan bayaran, korang akan dapat semula wang korang. Bestkan. Hehe.

Tapi dekat sini tulis baki cukai kena dibayar tahun taksiran 2018. Jadi kena bayar.

Lepas tu klik Teruskan.

20. Wah Syukur Alhamdulillah! Siap! Pastikan klik Cetak Draf Borang dengan Tandatangan & Hantar. Semua ni penting untuk tujuan rekod ya.


Nota  : 30 April setiap tahun tu tarikh keramat. Cuma setiap tahun LHDN akan bagi extra 15 hari lagi. Maknanya 15 May untuk buat submission terakhir secara online.

Sumber: Nur Aliah Mohd Nor

 

Published by
VK