Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Kad Waktu Kecemasan

Share

Ada masa waktu kalut-kalut nak keluar kita boleh tertinggal beg duit dan kad kat rumah. Dah sampai destinasi dituju baru perasan.

Kalau macam ni kita selalu patah balik terutama kalau tujuan keluar itu menggunakan wang. Sebenarnya kalau tak nak patah balik pun boleh. Kita boleh keluarkan saja duit dari akaun tanpa guna kad dan teruskan urusan.

Caranya dikongsi oleh Azlan Salim tapi ini untuk pemegang kad Maybank. Cara ini berguna dan perlu kita tahu terutama kalau kecemasan dan tak bawak beg duit.

Cara keluarkan duit di mesin ATM tanpa guna kad

ATM Maybank ni memang sengaja bagi kita takde alasan withdraw duit kalau tertinggal kad ATM.

Sebab takde kad bank pun boleh keluarkan duit. Paling penting kena ada smartphone & ATM Maybank depan kita.

1) Masuk aplikasi Maybank2u, di bahagian bawah klik “Mobile”. Kemudian pilih option “Cardless ATM Withdraw”

2) Pilih akaun mana yang nak dikeluarkan duit.

3) Masukkan “No Telefon” yang korang nak bagi keluar kan.
– Boleh beri pada anak kalau mereka nak cash
– Boleh juga beri pada isteri kalau dia nak shopping.


– Yang penting ada mesin ATM MAYBANK dekat mereka.
– Macam kes ni, masuk kan no telefon sendiri.

4) Pilih jumlah yang nak keluar.  Ada option RM100, RM200 & RM300 saja.

5) Lepas itu akan keluar summary. Kalau okay, tekan “Agree & Request TAC”.

6) Okay, sekarang dah Settle part di “App Maybank2u”. Nanti Maybank akan hantar SMS pada no. telefon yang kita letak tadi.

7) Nanti penerima akan dapat “16 Atau 17 Digit” no transaksi dari SMS Maybank.

8. Pergi ke mesin ATM Maybank, pilih bahasa, kemudian tekan “Pengeluaran Tanpa Kad”.
– Nanti terus tengok SMS, masukkan “16 Atau 17 digit” no transaksi.


– Kemudian tekan “Ya”.
– Nanti Maybank akan hantar SMS “6 Digit” pin.

9) Tengok 6 Digit Pin pada SMS, masuk kan no pin tersebut di ATM dan tekan “Ya”.

10) Tahniah, dah berjaya keluarkan duit tanpa kad.

Ini SMS yang kita dapat selama nak buat pengeluaran tanpa kad.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Azlan Salim

Published by
VK