Bagi mereka yang baru bercucuk tanam kebiasaannya tak tahu atau kurang mahir untuk kenal pasti keadaan pokok sayur sama ada pokok kurang/terlebih baja atau terkena serangan penyakit.
Halaman Subur berkongsi tip untuk bagaimana untuk membezakannya dan cara merawatnya.
Perhatikan gambar dekat bawah ni. Apa yg dapat kita lihat?
-Pucuk baru bersaiz kecil
-Pucuk baru berwarna hijau gelap
-Pucuk baru berkedut
Jika pegang & rasa pucuk baru tersebut, ia sedikit menebal berbanding daun lama. Ini termasuk dalam ciri-ciri pokok yang terlebih baja. Jadi apa yang boleh kita buat sekiranya keadaan ini berlaku?
Ads
Hentikan pembajaan sekurang-kurangnya satu minggu
Selepas seminggu, perhatikan semula pucuk yang keluar. Jika tidak menebal, daun sudah berwarna hijau cair maknanya anda boleh kembali dengan rutin pembajaan.
Apa faktor yang mempengaruhi pokok sampai terlebih baja?
Kadang kala kita letak lebih sukatan baja yg disyorkan ATAU pembajaan yang terlalu rapat contohnya dua minggu sekali.
Ads
Tanda pokok kena serangan penyakit
Berbanding pokok yang terkena serangan penyakit, pucuk baru akan bertukar warna hijau cair, sedikit kekuningan dan kerinting.
Ads
Apa yang boleh kita buat sekiranya perkara tersebut berlaku?
Lakukan semburan kawalan seranggan perosak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi sembur pun kena ada tekniknya. Sembur secara menyeluruh terutama bahagian bawah daun. Kenapa? Sebab serangga banyak duduk bawah daun.
Semburan juga ada waktunya, lakukan sama ada awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu ini serangga paling aktif.
Tanam serai untuk kegunaan sendiri dan juga komersial sudah ada bezanya. Jika tanam serai untuk kegunaan memasak seeloknya mudah untuk dicabut.
Bagi tujuan ini, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam serai. Tanam dekat-dekat antara satu sama lain. Jaraknya lebih kurang 5 hingga 7 cm saja. 1 point tanam 2-3 batang serai.
Tanam begini supaya senang nak ambil bila isteri nak guna. Setiap kali nak guna kita cabut 1 point. Jadi ia tak akan ganggu tumbesaran rumpun serai yang lain.
Cukup saja 3-4 bulan, akan ada 2-3 perdu yang sempat besar dan rimbun. So, kita cabut semua sekali dan buat balik macam cara di atas.
Cara ini untuk tanam guna sendiri. Jika untuk komersial, kena guna teknik lain.
Biasa dalam handphone orang perempuan, selain gambar anak akan penuh dengan screenshot resipi. Nak delete nanti sayang, nanti nak masak susah pulak nak cari balik resipi.
Sudahnya ada puluhan screenshot resipi dalam telefon sampai dah keliru. Ok lepas ni kalau jumpa resipi di Facebook atau google, tak payah screen shot penuhkan telefon, simpan saja guna apps ini ikut perkongsian Wan Norazila Sulaiman . Copy paste jer.
Sesuai untuk beginner yang baru nak belajar memasak atau pengantin baru. Takkan nak kelek buku resipi setiap kali masuk dapur kan.
Zaman dah maju, install saja apps Easy Menu Planner, boleh cari saja dalam Play Store & Apple Store.
1. Cari dan Install apps EASY MENU PLANNER
2. Options yang ada dalam apps.
3. Option DISHES, boleh list memacam jenis masakan.
4. Dalam tu boleh tulis resipi masakan sedap-sedap.Senang kan? Takyah kelek buku resipi dah.
Musim durian dah hampir penghujung, sekarang musim cempedak pula. Buah yang satu ni kalau digoreng memang sedap dan nikmat rasanya.
Tapi harganya boleh tahan juga mahal, tambah lagi yang siap digoreng. Ada yang cecah RM1 seketul. Sebab itulah lebih berbaloi beli sendiri dan goreng di rumah.
Bagaimanapun sebelum beli kenalah pandai pilih cempedak yang banyak isi dan manis supaya tak kecewa bila membukanya. Untuk pilih cempedak yang begini ada lima perkara yang perlu kita perhatikan semasa memilih.
1. Perhati mata/duri kulit cempedak
Pilih yang tumpul, besar-besar dan jarang. Itu tanda isi di dalam banyak. Jangan pilih yang mata duri yang tajam dan rapat-rapat, itu bermakna jerami lebih banyak.
2. Tekan kulit
Tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya. Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Warna kekuningan, tangkai coklat
Cempedak yang sudah masak dan matang warna kuningnya lebih dominan. Elak ambil cempedak yang masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, kerana di dalamnya masih muda. Boleh juga lihat warna tangkainya. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya sudah masak.
4. Bau wangi menyengat
Cempedak yang masih separuh masak pun sudah mula berbau wangi. Tapi bezanya, cempedak yang sudah betul-betul masak aromanya lagi menyengat dan wangi.
5. Pilih yang lebih berat
Sebab nak murah, kita pilih cempedak yang kecil atau ringan. Lebih selamat pilih yang berat kerana lebih banyak isi.