Bagi mereka yang baru bercucuk tanam kebiasaannya tak tahu atau kurang mahir untuk kenal pasti keadaan pokok sayur sama ada pokok kurang/terlebih baja atau terkena serangan penyakit.
Halaman Subur berkongsi tip untuk bagaimana untuk membezakannya dan cara merawatnya.
Perhatikan gambar dekat bawah ni. Apa yg dapat kita lihat?
-Pucuk baru berwarna hijau gelap
-Pucuk baru berkedut
Jika pegang & rasa pucuk baru tersebut, ia sedikit menebal berbanding daun lama. Ini termasuk dalam ciri-ciri pokok yang terlebih baja. Jadi apa yang boleh kita buat sekiranya keadaan ini berlaku?
Hentikan pembajaan sekurang-kurangnya satu minggu
Selepas seminggu, perhatikan semula pucuk yang keluar. Jika tidak menebal, daun sudah berwarna hijau cair maknanya anda boleh kembali dengan rutin pembajaan.
Apa faktor yang mempengaruhi pokok sampai terlebih baja?
Kadang kala kita letak lebih sukatan baja yg disyorkan ATAU pembajaan yang terlalu rapat contohnya dua minggu sekali.
Berbanding pokok yang terkena serangan penyakit, pucuk baru akan bertukar warna hijau cair, sedikit kekuningan dan kerinting.
Apa yang boleh kita buat sekiranya perkara tersebut berlaku?
Lakukan semburan kawalan seranggan perosak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi sembur pun kena ada tekniknya. Sembur secara menyeluruh terutama bahagian bawah daun. Kenapa? Sebab serangga banyak duduk bawah daun.
Semburan juga ada waktunya, lakukan sama ada awal pagi atau lewat petang kerana pada waktu ini serangga paling aktif.
Semoga bermanfaat
Sumber: Halaman Subur