Harga emas tak pernah murah, sebab itu kalau nak beli gelang, rantai,cincin atau perhiasan emas lain kita kita ada ilmu.
Jangan cuba tanya harga, tip penting sebelum beli emas adalah kena tahu harga upahnya. Kemudian dari situlah kita boleh tawar menawar.
Tip ini dikongsi oleh SyaQiela Fendy.
Jujurnya sebelum ini memang tak penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas. Sebab tak berapa mampu.
Siapa yg tahu alhamdulillah anda bagus! Yang kurang pandai sikit macam saya, mari kita ajarkan.
Tadi berkesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So terasa nak main kira-kira hari ni. Betul ke murah sangat kedai ni??
Dan balik dari kedai, sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga.
Mari kita mula mengira guyss…
-Kedai A harga Rm225/gm
-Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Mesti la kita pergi kedai A kan.
Tadi beli Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira kira tadi selepas nego dan nego dapat total RM4050 (ikutkan boleh rendah lagi tapi belum pandai kan)
Kemudian singgah di kedai B untuk puas kan hati dalam sesi perbandingan.
Tany harga semasa staff jawab Rm238/gm. Mahal! Yalah tadi RM225. Jauh kan beza. Tapi jom kita kira lagi
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x RM225 = RM3375 (harga asal per gm)
RM4050 – RM3375 = RM675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah RM675. Anda rasa murah ke mahal?
Kita check kedai B pulak.
Harga Semasa RM238/gm
Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah RM3800
15gm x RM238 = RM3570 (harga asal per gm)
RM3800 – RM3570 = RM230 (harga upah barang)
Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah RM230. Jadi lagi mahal ke murah dari kedai A? Sekarang nampak tak?
Kedai A RM4050 (harga semasa RM225/gm)
Kedai B RM3800 (harga semasa RM238/gm)
Apa yang nak ditekankan disini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang harga upah sahaja bermula dari RM100 hingga ke Rm9++ dan sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.
Jadi nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Ikutkan harga harga di atas boleh dikurangkan lagi mengikut kepandaian kita mengayat. Tapi sebab belum expert kan.
Sumber: SyaQiela Fendy.
Artikel berkait