Ketika ini situasi banjir di beberapa negeri masih lagi belum pulih. Malah ada tempat yang terus dinaiki air. Dalam hal ini pelbagai cara dikongsi oleh pemilik rumah untuk memastikan risiko banjir kepada harta benda dikurang.
Salah satunya dengan mencari cara untuk mengelakkan air bah masuk ke dalam rumah. Antara cara kreatif dan berkesan yang dikongsi oleh netizen sebelum ini adalah dengan menggunakan plastik dan plastersin.
Berdepan dengan masalah banjir saban tahun, ini antara yang dipraktikkan oleh Radzi Ghani
. Berikut adalah cara yang beliau kongsi. Tip ini berguna untuk kediaman yang berpotensi dinaiki air.Dalam gambar ini cara RG buat benteng dari air banjir masuk rumah. Cara ini agak sesuai bagi banjir yang tak besar dan bawah dari paras ketinggian 2 kaki.
Peralatan asas perlu ada.
1. Plastik (paling best plastik biru yang jual d ihardware sebab tebal & murah)
2. Batu bata (ukur panjang ruang yang anda perlu tutup & ketinggian bata yang anda nak bubuh)
3. Plastersin (bagi tutup ruangan antara celah pintu belah dalam & luar khususnya ruangan pintu ke lantai rumah).
4. Pam air tujuannya untuk sedut ayaq jika benteng banjir anda tadi dibolosi lebih2 lagi diruangan bilik air. )
Alhamdulillah 90% berjaya menyekat air masuk dan mampu mengurangkan risiko damage kepada harta benda anda serta tak penat sangat nak kemas rumah lepas banjir surut.
Cara ni hanya sesuai bagi hadapi banjir yang pada paras ketinggian 1- 2 kaki tinggi sahaja.Selebih dari tu sebaiknya eloklah berpindah ketempat yang lebih selamat.
Sumber: Radzi Ghani