
Di pasaran memang banyak jenis cecair pembersih atau pencuci khusus untuk cermin. Harganya pun boleh tahan. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluar modal untuk bersihkan cermin baik tingkap, cermin hiasan, pintu sliding, di bilik air atau apa juga cermin yang ada di rumah.
Boleh praktik cara yang telah lama digunakan dan berkesan, hasilnya memang cermin bersih dan berkilat. Bagi yang tak tahu, kita boleh saja gunakan kertas surat khabar untuk bersihkan cermin. Tak perlu guna sebarang sabun pun. Caranya;
1. Ambil surat khabar lama.
2. Celupkan dalam air.
3. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit.
4. Lapkan pada cermin tingkap.
5. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Cermin anda akan jadi bersih dan berkilat.
Mudah kan! Selamat mencuba!
Sumber: Rosie Zam
Kalau Banyak Makan Daging Waktu Raya, Amalkan Petua Ini Untuk Turunkan Tahap Kolesterol

Kebiasaannya bila hari raya ada banyak menu berasas daging yang kita makan. Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi lah.
Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi. Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol.
Cara ini disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.
Rasanya ramai antara kita menikmati pelbagai hidangan berasaskan daging semasa Hari Raya ini. Disertakan petua yg telah dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol secara alami. Diantaranya adalah:
1. Amalkan minyak zaitun
Makan/minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun telah dibuktikan dlm banyak kajian saintifik diseluruh dunia untuk kesihatan jantung.
2. Makanan tinggi fiber larut air
Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan cth buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.
3. Oat dan barli
Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.
4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah
Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.
5. Limau kasturi antikolesterol
Minum jus oren, leom atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yg bertindak sebagai antikolesterol.
6. Teh hijau pun elok
Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yg boleh membantu turunkan kolesterol.
7. Minyak ikan kaya omega
Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.
Sumber: Dr Suri Roowi
Artikel berkaitan : 7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi
Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Isi Kandungan
ToggleSelalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.
Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.
Cara buat sup kicap
Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap.
Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.
Bahan A
Rempah tumis 4 sekawan
1sd keci jintan manis
1sd kecil ketumbar
Bahan B
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
2 senduk kecil cili kisar
Daging / Tulang
Bawang besar potong 4
Ubi Kentang (jika suka
Cili padi (jika suka
Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
Sedikit gula melaka
Cara membuat
1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.
2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.
3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.
4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.
5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.
6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.
Selamat Mencuba!
Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.
Tip Tanam Pokok Lada Solok Dalam Polibeg, Cukup Penjagaan Hasil Lada Memang Cantik

Selain buat menu lada solok, cili jenis ini juga banyak kegunaan lain dalam masakan. Selalu kita masukkan dalam gulai.
Kalau tanam sendiri di rumah pun memang berbaloi. Tak perlu ruang besar, tanam dalam polibeg saja pun mencukupi. Bagi yang nak cuba tanam sendiri perkongsian dari Mark Are Leaft ini boleh dijadikan panduan.
Cara tanam pokok lada solod dalam polibeg
Ramai yang tanya apa tip penjagaan pokok lada saya, sebenarnya buat mana sempat saja. Ini apa yang saya buat dan cara saya ya.
1. Semai biji benih dan selepas anak benih dah matang elok tinggi sejengkal lebih kurang pindahkan ke dalam polibag atau pasu atau tempat yang luas selesa untuk pokok membesar. Bagi full cahaya matahari dan pastikan air mencukupi. Tanah saya guna tanah campuran 6 in 1 cuma saya top up imo5 sebagai baja untuk menyuburkan lagi tanah.
2. Selepas semnggu tanam letak baja Novatech premium (klik SINI untuk beli) dan ulang setiap 2 minggu sekali.
3. Bila pokok dah mula berputik beri baja seminggu sekali dalam 1 sudu makan plastik jangan penuh.
4. Setiap seminggu sekali lepas tanam ke tempat kekal spray racun S Trex (klik SINI untuk beli) gilir-gilir dengan foliar seperti EM, cuka kayu, baja AB, seaweed atau apa yang ada.
5. Ingat air mestilah mencukupi supaya tidak mengganggu pertumbuhan pokok.
6. Ulang langkah di atas sampailah kutip hasil.
7. Cuma kena ingat ramai orang tanam tapi tak membaja dan meracun dengan betul. Kadang-kadang membaja saja tapi tak meracun. Tak kisar racun organik atau kimia asalkan dapat mencegah dari serangan serangga dan kulat sebab pokok lada sangat digemari pelbagai penyakit dan perosak.
8. Cara di atas saya amalkan alhamdulillah puas hati hasilnya.
Semoga bermanfaat
Sumber: Mark Are Leaft