
Di pasaran memang banyak jenis cecair pembersih atau pencuci khusus untuk cermin. Harganya pun boleh tahan. Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluar modal untuk bersihkan cermin baik tingkap, cermin hiasan, pintu sliding, di bilik air atau apa juga cermin yang ada di rumah.
Boleh praktik cara yang telah lama digunakan dan berkesan, hasilnya memang cermin bersih dan berkilat. Bagi yang tak tahu, kita boleh saja gunakan kertas surat khabar untuk bersihkan cermin. Tak perlu guna sebarang sabun pun. Caranya;
1. Ambil surat khabar lama.
2. Celupkan dalam air.
3. Ramas-ramas kemudian perahkan airnya sedikit.
4. Lapkan pada cermin tingkap.
5. Selepas itu laplah dengan kain kering.
Cermin anda akan jadi bersih dan berkilat.
Mudah kan! Selamat mencuba!
Sumber: Rosie Zam
Buat Sendiri Sup Telur Chinese Style. Tambah Crabstick, Hirup Panas- Panas Memang Layan

Sup telur Chinese style ini yang digemari ramai. Hirup ketika sup masih panas memang sedap. Selalu kita menikmatinya di restoren Cina Muslim.
Tapi sup telur ini boleh saja kita buat sendiri kerana cara membuat dan bahannya memang mudah. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Mudah rupanya buat sup telur Chinese style
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur Chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
Bahan utama:
✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkefli
Alternatif Bebas Asap, Solusi Kurangkan Kemudaratan Tembakau

Isi Kandungan
ToggleMeski larangan merokok di tempat awam sudah dikuatkuasa namun ramai saja yang mengingkarinya. Memang lemas dan rimas dibuatkan apabila berada dalam persekitaran asap rokok di restoran atau tempat rekreasi terutama ketika bersama dengan anak-anak.
Asap rokok ini sebenarnya bukan saja membuat ramai tak selesa tapi bahayanya lebih daripada itu. Kepulan-kepulan asap yang keluar itu sebenarnya mengandungi lebih daripada 6000 bahan kimia selain tar rokok yang berbahaya.
Daripada jumlah itu sebanyak 100 daripada bahan kimia yang ada dalam asap rokok ini sudah dikenal pasti sebagai punca atau berpotensi untuk menyebabkan penyakit yang dikait dengan perbuatan merokok.
Antaranya seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit kardiovaskular. Malah mereka yang menghidu asap rokok juga turut berisiko mengalami dengan penyakit yang sama.
Mahu berhenti merokok tapi sukar

Di Malaysia, terdapat kira-kira 4.8 juta perokok. Kebanyakan perokok ini sememangnya sedar akan kesan dan keburukan asap rokok ini namun pada masa yang sama sukar untuk mereka berhenti daripada merokok terutama bagi perokok tegar.
Meski ada banyak kempen berhenti merokok dilakukan untuk golongan ini tapi kesannya masih kurang memberangsangkan. Dalam hal ini pendekatan baru mungkin boleh dicuba oleh golongan perokok tegar terutamanya.
Solusi pengurangan kemudaratan tembakau
Salah satu solusi yang boleh dicuba adalah kaedah pengurangan kemudaratan tembakau. Kita maklum adalah sukar untuk perokok tegar meninggalkan tabiat merokok sekelip mata memandangkan ia sudah menjadi rutin mereka sejak bertahun-tahun lamanya.
Jadi untuk golongan ini pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau dengan cara bertukar kepada produk bebas asap dilihat lebih realistik. Ia bukan saja mengurangkan kemudaratan buat diri mereka sendiri tapi juga mengurangkan risiko asap rokok kepada orang di sekeliling mereka terutama insan tersayang.
Antara produk bebas asap yang banyak berada di pasaran adalah e-rokok (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP).
Bagaimana produk bebas asap berfungsi
Berbanding dengan rokok tradisi yang dibakar hingga menghasilkan asap, produk bebas asap pula hanya dipanas pada suhu tertentu yang tidak menghasilkan asap sebaliknya hanya wap.
Ia juga tidak menghasilkan habuk juga tar rokok kerana tidak berlaku pembakaran. Tanpa pembakaran tembakau, ia juga sekali gus mengurangkan risiko bahaya bahan kimia.
Penggunaan produk bebas asap ini sudah banyak diterima di negara luar. Jepun contohnya penggunaan produk tembakau yang dipanaskan sudah digunakan oleh ramai sehingga jumlah rokok tradisi berkurangan kepada 46 peratus berbanding tahun 2016
Ia menyaksikan penurunan yang drastik sejak produk pemanasan tembakau ini diperkenalkan. Malah industri rokok di Korea Selatan juga mengalami penurunan sejak produk bebas asap ini diperkenalkan. Jika anda adalah seorang perokok, bolehlah cuba beralih kepada alternatif seperti produk bebas asap untuk pengambilan nikotin yang kurang mudarat.
5 Cara Pantas Nak Hilangkan Rasa Pedas

Isi Kandungan
Toggle
Sekarang ramai yang sedang ikut trend makan hidangan pedas. Malah netizen di media social banyak melakukan cabaran makanan pedas termasuklah jenama makanan yang popular.
Bagi yang dah jadi rutin mungkin boleh tangani tahap kepedasan yang dua atau tiga kali ganda daripada biasa tapi bagi yang tidak, boleh berpeluh sakan dibuatnya.
Dah minum air sejuk, kemam ais tapi tak jugak hilang. So apa nak buat? Kalau makan makanan pedas standby saja 5 makanan ini kat sebelah ya.
1. Minum Susu
Protein dalam susu boleh hilangkan rasa pedas cili.
2. Nasi putih atau roti
Nasi atau roti boleh menyerap rasa terbakar yang diakibatkan oleh capsaicinoid. Ini akan meredakan kepedasan di mulut. Selain itu, pisang juga bisa membantu untuk meredakan rasa pedas yang Anda rasakan.
3. Gula
Kalau pedas jangan minum air. Capsaicinoid kat cili tu berbahan minyak dan tak boleh dihilangkan dengan air. Boleh cuba satu sudu teh gula atau madu untuk menghilangkan rasa pedas.
4. Minuman masam
Minuman lain seperti jus lemon dan jus tomato juga baik untuk mengatasi kepedasan.
5. Minyak sayur
Boleh cuba letakkan sedikit minyak sayur atau minyak zaitun pada lidah.