Beg plastik yang disumbat dalam bekas sampai penuh dan membukit malah kadang bersepah-sepah memang jadi situasi biasa di dapur rumah.
Kadang-kadang sakit mata lihat beg plastik ini tak tersusun. Supaya tak berserabut mata memandang, eloklah latih diri untuk lipat beg plastik ini setiap kali dapat waktu beli barang. Bila dah lipat kecil, lagi senang nak simpan dan dapur pun nampak lebih kemas.
1. Setiap kali bawa balik plastik ke rumah, lipat dua plastik secara memanjang.
2. Kemudian lipat dua lagi sekali beg plastik, hingga jadi begini.
3. Mula dari bawah, lipat beg plastik jadi segi tiga dan selesaikan sampai hujung.
4. Tinggalkan sedikit di bahagian hujung dan selit pada celah lipatan yang dibuat.
5. Begini rupanya bila dah selit, beg plastik akan jadi bentuk segi tiga yang kecil dan lebih mudah disimpan dalam bekas.
Selamat mencuba.
Sumber: Abylla Amjah