Nak buat asam pedas yang sedap dah tentulah menggunakan ikan. Tak semestinya ikan mahal, ikan kembung lemak kalau dibuat asam pedam pun ‘meletup’ rasanya jika dimasak ikut caranya.
Bagi yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung lemak ini boleh ikut Nazz Mernas.
Katanya cara memasak asam pedas ini mengikut citarasa arwah ayahnya yang berasal dari Johor. Seminggu sekali pasti hidangan ada di atas meja.Belia turut berkongsi tip agar asam pedas makin sedap katanya cili perlu ditumis lama hingga betul-betul masak. Selain itu ujarnya jika mahu kuah pekat bahan-bahan tumis kena lebih. Barulah kuah tak cair.
Ikan kembung lemak
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – diketuk
2 senduk cili kisar
2. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3. Bila sudah mendidih, boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Gunakan api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4. Akhir sekali letak garam secukupnya, boleh letak perasa jika suka.
Sumber: Nazz Mernas