Makan

Cara Masak Asam Pedas Ikan Mayung Dengan Telur Mayung Yang Sedap, Pekat ‘Meletup-Letup’ Dalam Mulut Bila Makan

Share

Ikan mayung antara yang sedap dibuat asam pedas, dapat pula yang ada telur lagi lah enak. Meletup letup dalam mulut dimakan.

Asam pedas ini juga lagi sedap kalau kuahnya pekat, cuma nak menyediakan asam pedas begini tak semua mahir terutama untuk membersihkan telur ikan dan memastikan ia tak pecah.

Bagi yang nak cuba memasak asam pedas ikan mayung bersama telur boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Nor Khomariah Norrohman. Ujarnya asam pedas cara Johor ini dipelajari daripada suaminya yang mahir memasak lauk ini.

Ujarnya bagi membersihkan telur ikan mayung ini boleh gunakan cara berikut;

  • Rendam telur dan basuh bersih menggunakan tepung gandum dan limau nipis terlebih dahulu bagi menghilangkan bau hanyir.
  • Kemudian didihkan air dan masukkan sedikit cuka, bila air mendidih perlahankan api dan masukkan telur secara perlahan-lahan dan rebus sehingga separuh masak.
  • Akan ada telur yang pecah tapi tak banyak sangat. Tak perlu kacau untuk elak ia pecah.
  • Bila sudah separuh masak boleh angkat dan lalukan di bawah air paip supaya telur yang pecah tadi tak melekat. Kemudian bolehlah teruskan memasak asam pedas

Cara buat asam pedas ikan mayung dan telur ikan mayung

Bahan-bahan

1 kg ikan mayung dan telurnya
1 sudu lada hitam -ditumbuk
10 tangkai daun kesum
Bendi ( terpulang nk byk mana)
1 batang bunga kantan -dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menumis (minyak perlu banyak, bila dah masak boleh senduk buang)
Air secukupnya

Bahan dikisar

20 tangkai cili kering – direbus
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
Sedikit belacan

Cara membuat

1. Panaskan minyak (perlu banyak) dan tumis bahan-bahan yg dikisar sehingga betul-betul pecah minyak serta naik bau.

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan a mayung, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair, biar pekat tapi jangan pekat sangat.

3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecilkan api. Biarkan mereneh sehingga ikan masak.

4. Masukkan bendi bersama telur mayung yang telah direbus separuh masak tadi. Tak perlu masak lama kerana telur akan jadi keras. Bila bendi sudah lembut boleh tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Published by
VK