Makan

Cara Masak Daging Singgang Yang Masam Masam Sedap. Waktu Makan Pecah Cili Api Lagi Best

Share

Masakan singgang antara lauk ringkas yang sedap serta sihat. Paling sedap bila dihirup kuahnya. Rasa masam-masam bersama aroma serai dan halia memang menyelerakan.

Jika biasa buat singgang ikan, kali ini cuba pula buat singgang daging. Lagi enak jika dimasukkan sekali bahagian tulang. Pastikan buat kuah lebih ya kerana inilah penyedapnya.

Cara buat singgang daging sedap

Bahan-bahan

1 kilo tulang campur daging -dipotong dan direbus terlebih dahulu
1 biji bawang merah -dihiris
3 biji bawang putih – dihiris
½ inci halia -dihiris
½ inci lengkuas -dihiris
1 inci kunyit -dihiris
2 batang serai -diketuk
1 sdb lada hitam
1 liter air
Asam keping
Cili api
Kentang
Lobak merah
Tomato
Daun ketumbar

Cara membuat

1. Dalam periuk masukkan semua bahan yang telah dihiris nipis. Tumiskan dengan sedikit minyak sehingga garing.

2. Masukkan lobak dan kentang bersama satu liter air. Masak hingga kentang empuk elok. Masukkan juga asam keping, supaya ada rasa masam-masam sikit.

3. Selepas kentang masak masukkan daging dan tulang.

4. Apabila daging lembut, masukkan cili api dan perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan tomato sekali.

5. Biar seketika kemudian taburkan daun ketumbar sebelum dihidangkan. Waktu makan nasi ambil sekali cili padi dan pecahkan, lagi best.

Selamat mencuba

Sumber: Umie Watie

 

Published by
VK