Orang tua kita dulu cukup kreatif menyediakan lauk. Antaranya pisang muda pun boleh dijadikan hidangan gulai lemak yang enak. Tambah pula dengan ikan masin lagilah sedap.
Cuma hidangan gulai lemak pisang muda ini tak semua mahir membuatnya. Nak siang pisang ini pun ada caranya.
Bagi yang mahu belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman ini yang menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang.
Cara buat gulai lemak pisang muda dengan ikan masin
Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
Ads
Cara memasak
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
Ads
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
Ads
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
Daun pandan memang banyak kegunaan dalam masakan, sebab itu ramai yang menanamnya di rumah. Jika baru nak cuba menanam pokok pandan ini dalam pasu, boleh ikut perkongsian dari Irma Sheky supaya hasilnya merimbun dan segar.
Cara tanam pokok pandan dalam pasu merimbun segar
1. Sediakan medium iaitu campuran tanah top soil 50% cocopeat 40%, sekam bakar 5%, dan tanah sawit 5%. Gaul sebati.
2. Isi tanah dalam pasu atau polibeg. Kemudian siram dengan air dan biar semalaman.
3. Keesokan hari, buat lubang tengah pasu, masukkan anak pokok pandan. Sebaiknya pilih anak pokok yang sederhana besar dan berakar (jika ambil dari batang tanpa akar, rendam pangkal pokok dalam air sehingga tumbuh akar kemudian barulah ditanam).
4. Masukkan anak pokok tadi dalam lubang pasu dan kambus. Ratakan tanah dalam pasu, pastikan pokok stabil.
5. Siram anak pokok pandan dan letak pasu di tempat separuh redup.
6. Siram 2 kali sehari sehingga keluar anak, boleh guna air basuhan beras atau atau basuhan ikan.
TIP: Supaya pokok pandan rimbun, jangan petik selagi belum keluar anak supaya tak terbantut proses tumbesar pokok.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video cara penanaman pokok pandan dalam pasu.
Jika selalu masak taucu berkuah, kali ini cuba masak sambal taucu ikan. Lagi sedap kalau menggunakan ikan bawal. Cara membuat sambal taucu ikan bawal ini dikongsi oleh Nurul Ateekah.
Cara buat sambal tauchu ikan bawal
Bahan-bahan
2 ekor ikan bawal (saiz sedarhana)
5-6 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kacang Tauchu (dibilas air biasa)
1 biji tomato (belah 4)
1 tangkia cili hijau (dibelah)
1 tangkai cili merah (dibelah)
3 ulas bawang putih (dihiris)
½ biji bawang besar(potong bulat )
1 batang serai (diketuk)
Serbuk perasa
Gula
Cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng ikan bawal sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Perlahankan api supaya cilinya betul-betul masak.
4. Masukkan kacang tauchu, cili merah, cili hijau dan tomato. Gaulkan sebati.
5. Masukkan gula dan serbuk perasa dan gaulkan.
6. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan gaulkan kesemuanya sehingga sekata.
Selalu makan capati kat kedai mamak kan, sebab nak buat menu ni kena ada tepung khas iaitu tepung attar.
Tapi sebenarnya nak buat sendiri capati tanpa tepung attar pun boleh. Guna tepung gandum, dan rasanya lagi menarik kombinasi capati dan roti canai. Capati tepung gandum ini yang pasti tetap sedap untuk cicah dengan kuah kari, dhal atau sambal.
Capati gandum buat kali kedua, rasanya sedap 2 dalam 1 roti canai + capati . Cubalah, mudah dan menyihatkan sebab tak guna minyak. Anak-anak makan 2-3 keping sorang cicah susu atau gula , makan dengan sambal bilis pun padu. Bahannya pun ringkas saja.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin Pelangi
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air panas mendidih
Tepung untuk dusting
Cara membuat:
1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.
2. Masukkan air panas mendidih dan kacau guna senduk. Kemudian uli jadi doh , canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat .
3. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...