Orang tua kita dulu cukup kreatif menyediakan lauk. Antaranya pisang muda pun boleh dijadikan hidangan gulai lemak yang enak. Tambah pula dengan ikan masin lagilah sedap.
Cuma hidangan gulai lemak pisang muda ini tak semua mahir membuatnya. Nak siang pisang ini pun ada caranya.
Bagi yang mahu belajar menyediakan gulai lemak pisang muda ini boleh ikut panduan yang dikongsi Mizah Ngatiman
ini yang menggunakan pisang kapas muda bersama ikan masin talang.1 sisir pisang kapas muda
2 ekor ikan masin talang (cuci bersih dan rendam sekejap)
1 keping asam keping
Santan pekat, garam dan gula secukupnya
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 jari kunyit
1 sb ketumbar
3 tangkai cili padi (suka pedas lebihkan)
1. Mula-mula siang dulu pisang. Siat nipis kulit pisang tapi jangan putus, seperti dalam gambar.
2. Kemudian hiris serong atau belah tengah. Cuci bersih.
3. Panaskan air. Air dah mendidih, masukkan pisang. Rebus sampai empuk. Kemudian tapis.
4. Masuk bahan kisar dalam kuali. Buka api. Biarkan air kering sekejap kemudian masukkan santan.
5. Masukkan ikan masin. Ikan masin cuci bersih kemudian rendam sekejap.
6. Masukkan asam keping. Sentiasa kacau kuah hingga mendidih ‘manja.’
7. Masukkan pisang yang kita rebus tadi. Letak garam dan gula secukupnya.
8. Apabila mendidih elok kuah, tutup api.
Selamat mencuba
Sumber: Mizah Ngatiman