Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
Cara buat lala masak pedas yang sedap
Bahan-bahan
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
Cara membuat
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
Ads
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
Ads
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
Ads
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.
Tidak dinafikan kerja membasuh pinggan mangkuk jadi leceh apabila berhadapan dengan masalah singki tersumbat.
Biasanya ia terjadi disebabkan lebihan makanan atau kuah berkumpul hingga menyebabkan saluran paip menjadi tersumbat sekali gus mengeluarkan bau tidak enak.
Sebenarnya ada cara paling mudah dikongsi pengguna Norliza Zakaria bagi mengelakkan masalah ini.
Menurutnya cara ini boleh dllakukan setiap empat bulan dan bukanlah menunggu ketika singki mengalami masalah berkenaan.
Hanya dengan menggunakan dua bahan bermodalkan sekitar RM6.40, insya-Allah kita tidak akan berdepan dengan masalah singki tersumbat ladi.
Cara elak masalah singki tersumbat
Bahan diperlukan:
Cuka – RM3.50
Soda bikarbonat – RM2.90
Air panas – baru mendidih
Caranya;
1. Taburkan soda bikarbonat pada lubang di sinki. Letakkan banyak-banyak
2. Biarkan seketika.
3. Kemudian curahkan cuka. Hati-hati kerana akan berasap hasil tindak balas soda dengan cuka. Biarkan selama 10 minit.
4. Kemudian curah air panas. Lemak, kotoran yang berkumpul akan pergi bersama air panas yang dituang dalam saluran.
Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.
Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hilang. Mahu tak mahu pintu terpaksalah tombol diumpil.
Antara penyebabnya adalah setting pada tombol pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.
Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.
Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings: 1. Keadaan yang sentiasa kunci dan 2. Keadaan normal
Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.
Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.
Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.
Walau pun nampak macam dah langsing tapi rupanya Dr Soo Wincci masih berhajat mahu menurunkan berat badannya.
Melalui perkongsiannya di instagram dia menggunakan kaedah detoks paling mudah untuk mencapai misi tahun barunya itu.
Dengan mengamalkan hanya satu jenis hidangan detoks yang cukup jimat dia sudah berjaya menurunkan 4kg dalam satu minggu.
Menu detoks mudah
Menurut Dr Soo Wincci menu detoks yang dikongsi cukup mudah. Setiap hari dia akan mengambil : 1. Teh Kunyit, Kayu Manis 2. Kopi 3. Telur Rebus 4. Kacang kuda 5. Oren.
Cara amalan
Pesan Dr Soo pastikan kopi, teh yang diambil adalah tanpa gula. Menu detoks ini boleh campurkan dengan sayuran.
Amal makanan ini 2 atau tiga kali sehari. Tapi pastikan ia tidak lebih dari seminggu.Terus amalkan teh kunyit, kayu manis.
Ujarnya walau pun tanpa senaman, detoks ini akan membantu menurunkan 3-4kg seminggu.