Lala selain selalu dibuat masak lemak atau direbus, ia juga sedap jika dimasak pedas. Lauk lala yang begini bukan saja enak dimakan dengan nasi tapi boleh diratah begitu saja.
Cuma untuk memudahkan kita menikmati lala kena pastikan ia terbuka, supaya tak perlulah terkial-kial membukanya. Tip untuk lala terbuka ini boleh dilakukan semasa membasuhnya.
1 mangkuk besar lala
3 tangkai cili besar merah
5-10 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
3 batang serai -diketuk
Sos tiram
Serbuk Cukup Rasa
1.Untuk bersihkan lala gunakan cara ini, masukkan lala dalam besen dan rendam dengan air. Kemudian potong beberapa tangkai padi dan masuk dalam besen berisi lala.
2.Biarkan selama 15 hingga 20 minit, pada masa ini lala akan mengeluarkan semua kotoran, selut yang ada di dalamnya dan terbuka. Kemudian bolehlah bilas dan tos.
3. Kisar bawang dan cili hingga hancur.
4. Panaskan minyak, tumis serai dulu kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sekejap.
5. Masukkan sos tiram dan serbuk Cukup Rasa. Biarkan air kering.
6. Bubuh lala dan gaul, tak perlu tambah air kerana lala akan keluarkan air.
7. Kacau hingga lala kering, kemudian bolehlah angkat.
Selamat mencuba
Sumber: Cik Puan Sarah