Makan

Cara Masak Loster Butter Cheese Yang Ringkas & Sedap. Confirm Makan Sambil Menjilat Jari

Share

Kalau sambut hari-hari istimewa dengan keluarga seperti anniversary apa kata kita jamu selera dengan hidangan special. Antaranya menu lobster butter cheese macam ni.

Sekali sekala makan mewah apa salahnya kan… Cara masak lobster butter cheese ini cukup ringkas tapi hasilnya memang enak. Confirm makan sambal menjilat jari.

Cara buat lobster butter cheese

Bahan-bahan

1/2 potong Buttercup (mentega jenama lain pun boleh)
1 biji bawang holland potong dadu
4 ulas bawang putih hiris nipis
5 tangkai cili padi ( ikut kepedasan sendiri)
1 tin susu sejat
2 keping cheese
2 tangkai daun kari

Cara membuat

1. Potong dan cuci bersih loster, kemudian kukus dulu dalam 20 minit. Boleh juga rebus saja.

2. Selepas dikukus air kukusan jangan buang, ketepikan dulu.

3. Panaskan kuali dan letak butter. Pastikan api perlahan sewaktu cairkan butter.

4. Masuk daun kari dan bawang holland. Kacau sampai naik bau.

5. Masuk pula bawang putih (bawang putih masuk kemudian untuk elakkan hangit). Letak cili padi. Kacau sebati.

6. Masuk 1 tin susu sejat. Kacau dan biarkan mendidih.

7. Kemudian boleh masuk pula air kukusan lobster tadi. Air inilah yang buat kuah lagi nikmat. Kacau.

8.Letak 2 keping cheese kemudian perasakan dengan garam ikut citarasa.

9.Akhir sekali masuk lobster ke dalam kuali. Selepas digaul rata bolehkan tutup api dan hidangkan.

INFO: Jika tak nak guna lobster atau udang karang boleh saja ganti dengan udang biasa.

Selamat mencuba.

Sumber: Liza Idris

 

Published by
VK