Cara masak nasi butter atau nasi mentega ataupun butter rice memang mudah. Tapi ia antara nasi berperisa yang sedap. Dihidang dengan ayam bakar, ayam masak merah atau kurma memang sesuai. Paling ringkas makan dengan ayam goreng pun dah cukup menyelerakan.
Cara memasak nasi butter ini pun cukup mudah, boleh guna beras biasa saja. Caranya dikongsi oleh Ismi Yatie Ummu Haziq.
6 pot (cawan sukatan) beras biasa – boleh juga guna basmathi
125gm mentega (salted @ unsalted mana-mana boleh)
1 ½ cawan susu segar – boleh ganti dengan susu sejat/cair
Air secukupnya – ikut sukatan biasa masak nasi @ ikut jenis beras yang guna
Sedikit garam
Daun ketumbar – jika suka
1 biji bawang besar (biasa)
4-5 ulas bawang putih
2-3cm halia
1 batang serai – ketuk
1-2 helai daun pandan
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega.
2. Masukkan bahan-bahan kisar dan serai yang diketuk. Boleh juga tambahkan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
3. Tambahkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng selama 1-2 minit. Lagi sedap jika guna beras basmathi.
4. Masukkan susu segar. Jika tiada, boleh digantikan dengan susu sejat atau susu cair. Gaul sebati dan padamkan api.
5. Alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi elektrik atau periuk tekanan. Tambahkan air (ikut sukatan air untuk masak nasi) dan garam secukupnya. Tanak seperti masak nasi biasa. Jika suka, boleh letak daun ketumbar untuk aroma yang lebih wangi.
6. Nasi Butter yang telah siap dimasak. Baunya memang wangi. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba
Sumber: Ismi Yatie Ummu Haziq.