Cara Masak Nasi Lemak Guna Beras Basmathi. Ini Tip Nasi Sedap & Tahan Lama

Share

Selain guna beras biasa, untuk hidangan nasi lemak lebih sihat ramai juga yang guna beras basmathi.

Tapi tak semua tahu cara masak nasi lemak menggunakan beras ini. Bagi yang nak cuba boleh ikut perkongsian Emy’s Bootiqs. Cara ini diturunkan oleh arwah ibunya. Katanya cara ini nasi bukan saja sedap tapi tahan lebih lama.

Nasi lemak beras basmathi lebih sedap dan tahan lama

Rahsia nasi lemak sedap & tahan lama, sambal kick sampai jilat pinggan. Resipi arwah mak.

Bahan-bahan untuk nasi lemak

Beras – 4 pot kecil
Santan – 1 kotak kecil / santan asli
Bawang besar – hiris
Sedikit halba tabur sikit

Garam secubit
Halia jika suka (saya tak guna)
Daun pandan

Cara masak nasi lemak beras basmathi

1. Beras basmathi cuci dan rendam dengan air garam selama 30 minit. Kalau nak guna beras biasa pun sama saja sukatan air + santan). Kemudian tos beras tadi.

2. Masukkan beras basmathi dalam periuk tadi bersama santan, air secukupnya dan dengan hirisan bawang serta daun pandan. (Air saya masukkan macam biasa, masukkan santan sekotak & letak jari atas beras ikut ukuran jari telunjuk -1 pot 1 garis jari, 2 pot 2 garis jari).

3. Tabur sedikit halba. Inilah tip untuk pastikan nasi lemak tahan lama boleh sampai keesokan hari tak basi. Kemudian tanak nasi lemak seperti biasa.

Cara buat sambal berkilat, pedas & manis

Disertakan sekali cara buat sambal nasi lemak berkilat, pedas dan ada rasa sedikit manis.

Bahan kisar:
Bawang besar – 1 labu
Bawang putih – 4 ulas
Bawang kecik – 3 biji
Udang kering secubit

Bahan lain:
Cili Kering / cili giling instant puteri
Daun pandan – untuk bau wangi masukkan waktu tumis sambal
Gula Melaka – hiris
Asam keping / air asam jawa

Cara membuat sambal

  1. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau bersama daun pandan.
  2. Masukkan cili giling tumis sampai pecah minyak api kecil.
  3. Masukkan air asam / asam keping & garam secubit, gula melaka & boleh tambah air sikit sampai berkilat.

Kalau hidangan nasi ini untuk buat bekalan boleh hidang dalam [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/dining/aurasia-enamel-tiffin-food-carrier-set-20156218″ style=”3d” color=”#ffffff”]set tiffin Aurasia[/su_button] Klik SINI untuk beli.

Selamat mencuba.

Sumber: Emy’s Bootiqs

Published by
VK