Bila hujung minggu kita biasanya nak masak yang special sikit untuk famili. Nak spesial tapi senang maklumlah hujung minggu biasanya banyak kerja yang nak kena selesaikan.
Nasi tomato perkongsian Cik Puan Sarah antara yang boleh kita cuba sebab resipinya cukup ringkas, guna beras biasa saja.
2 sudu mentega
2 sudu minyak masak
1 sudu tomato puree
3 sekawan(bunga lawang,kayu manis,pelaga)
Bwg besar potong dadu(1 biji)
Halia potong halus2
Bwg putih potong halus
Daun pandan
Serbuk secukup rasa
Susu cair
2. Dah panas tumis 3 sekawan, halia, bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan sos cili, sos tomato, tomata puri, serbuk perasa.
4. Letak sekali daun pandan, jangan upa pewarna kuning telur satu atau dua sudu. Kacau sampai begini.
5. Bahan tumis tadi masukkan dalam nasi.
6. Nasi masak macam biasa. Bila dah nak kering tuang susu cair sikit. Kalau dah masak nasi rasa mentah, ambik satu mug isi air penuh buat lubang dalam nasi. Letak mug dalam nasi, tekan cook. Nasi akan elok lembut.
7. Dah masak nasi tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Bwg merah,bwng putih
Halia
3 sekawan
Kiub ayam
Cili kering
2. Lumur ayam dengan kunyit dan garam sikit. Goreng setengah masak.
3. Panaskan minyak, guna minyak goreng ayam tadi. Tumis 3 skawan
4. Masuk bahan kisar, tumis hingga wangi. Masukkan cili, biar sekejap.
5. Masukkan sos tomato,sos cili,sos tiram.
6. Masukkan kiub ayam, gula, garam (saya tak pakai Ajinomoto sebab kiub dah ada)
7. Masukkan ayam tadi. Kacau rata dan biar sampai pecah minyak.
8. Dah pecah minyak
Dah boleh hidang.
Boleh hidang dengan nasi tomato yang dah siap tadi.
Selamat mencuba!
Sumber: Cik Puan Sarah