Kalau nak masak cepat, lauk paling senang dan pantas nak buat adalah ayam paprik. Dah buat paprik ayam, tak perlu lauk lain dah sebab dalam hiadangan ni semua dah ada ayam dan sayur- sayuran.

Paling sesuai kalau tak tambah cuma telur mata atau telur dadar. Bahan-bahan yang digunakan pula memang kebanyakannya tersedia di dapur. Tak payah susah-susah nak pergi pasar atau kedai beli barang lain. Resipinya dikongsi oleh Nora Abdullah.

Bahan-bahan untuk ayam:
Ayam- potong dadu
1 sudu tepung jagung
Garam, kunyit & serbuk Maggi Cukup Rasa

Cara Masak Paprik Ayam Thai Super Senang, Siap Cepat
Foto: Facebook

Bahan tumis:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih- ditumbuk
Sedikit halia -dihiris
2 batang serai – dititik
4 biji cili padi – diketuk
5 helai – daun limau purut

Cara Masak Paprik Ayam Thai Super Senang, Siap Cepat
Foto: Amy Catering

Bahan untuk sos:
Sos tiram, sos tomato & sos cili
Kuantiti ikut cita rasa, lebihkan sos tomato

IKLAN

Bahan sayur
Lobak merah, bunga kubis, kacang panjang atau kacang buncis, tomato

Cara membuat:

  1. Gaul potongan ayam dengan garam, kunyit, tepung jagung serbuk perasa. Goreng garing dan angkat.

2. Guna minyak gorengan ayam tadi tumis bahan-bahan tumis sampai naik bau.

IKLAN

3. Kemudian masukkan sos tomato, cili, tiram. Tak perlu tambah garam dan gula, sebab dah cukup perasa. Masukkan sikit air untuk sesuaikan rasa dan ada kuah.

4. Bila dah menggelegak masukkan sayur dan ayam. Tak perlu masak sayur lama-lama supaya ada rasa rangup.

Dah siap!

IKLAN

Cara Masak Paprik Ayam Thai Super Senang, Siap Cepat

Selamat mencuba!

Sumber: Nora Abdullah

 

Selain itu:  Cara Buat Ayam Kam Heong, Lauk Paling Mudah Nak Masak & Sedap. Bahan Semua Dah Ada Di Dapur
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI