Kalau buat nasi minyak selalu dengan ayam masak merah. Apa kata cuba pula lauk lain, pesamah daging. Ini lauk kenduri orang lama yang jarang dah kita jumpa sekarang.
Pesamah daging kaya dengan rasa rempah seakan rendang yang memang sedap. Selain dengan nasi minyak atau nasi putih pesamah daging ini boleh juga dimakan bersama roti.
Kalau nak cuba boleh ikut perkongsian Qasih Jue Aisya.
Bahan-bahan:
1 kg daging – potong 10 ketul
Bahan tumis:
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
3 cm halia – potong mancis
Batang kulit kayu manis
Biji buah pelaga
Kuntum bunga lawang
Kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari
Bahan kisar :
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Bahan lain:
1½ bungkus rempah kari daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
3 sudu mkn kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit garam
Cara membuat:
1. Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik.
2. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.
3. Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Proses ini mengambil masa yang lama dalam sejam lebih, sebab nak reneh daging sampai lembut.
4. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam.
5. Masak lagi dengna api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Okey dah siap.
Selamat mencuba.
Sumber: Qasih Jue Aisya