Kalau terasa nak makan pulut kuning dan yang nak makannya cuma seorang dua, boleh guna teknik ini.
Masak pulut kuning guna microwave! Selain mudah, kita juga tak perlu basuh periuk belanga bagai. Masak dalam mangkuk boleh terus hidang. Caranya dikongsi oleh Rahim Rahimi.
Masak pulut kuning guna microwave
1. Rendam pulut dengan asam keping dan kunyit serbuk selama satu jam.
2. Kemudian buang air. Masukkan santan, daun pandan, minyak masak sikit dan garam secukup rasa dalam mangkuk berisi pulut tadi. Gaulkan dan tambah air sehingga separas pulut.
Ads
3. Masukkan dalam microwave selama 20 minit.
4. Periksa keadaan pulut. Kalau jelatah, buat lubang di tengah pulut dan masukkan mangkuk air panas.
Ads
Masukkan semula dalam microvave dan tutup mangkuk berisi pulut. ‘On kan’ microwave lagi selama 10-15 minit. Insha-Allah masak sekata.
Dah siap pulut kuning. Setakat nak makan sorang dua, masak macam ni lagi senang.
Hampir kebanyakan rumah kita akan ada tong gas yang digunakan untuk memasak. Tong gas ini pula biasanya ia diletakkan di dalam kabinet dapur yang ditutup. Yalah, letak diluar nanti tak elok pula.
Tapi sebenarnya cara ini tidak disarankan untuk keselamatan. Tempat letak tong gas seharus mempunyai pengaliran udara yang baik dan bukan dalam kabinet bertutup. Ia untuk mengelakkan berlakunya kejadian buruk di rumah.
Selain daripada cara letak tong gas ada beberapa lagi panduan keselamatan penggunaan tong gas di dapur yang disyorkan Petronas.
Cara selamat kendalikan tong gas memasak
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna ada kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika terdapat buih, bermakna ada kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Do and dont’s
Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan tegak dengan injapnya di atas. Jangan baringkan tong gas.
Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangkamasa yang panjang, matikan kepala gas.
Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Mengesan kebocoran gas
Jika anda terhidu bau gas itu bermakna terdapat kebocoran gas.
Sesetengah serangga sukakan bau gas dan mereka akan mengerumuni kawasan yang terdapat kebocoran gas.
Dalam sesetengah keadaan, anda juga akan dapat mendengar bunyi berdesir menandakan terdapat kebocoran gas.
Cara terbaik mengesan kebocoran gas pada saluran gas atau sambungan alat atur gas ialah dengan menggunakan air sabun dan perhatikan jika ada buih sabun pada tempat tersebut.
Ramai yang tanam pokok limau di rumah, sama ada limau kasturi, nipis, purut atau lemon. Tapi masalahnya ada yang tanam tapi pokoknya macam hidup segan mati tak mahu.
Tak subur, daun, tunas atau cabang baru pun tak meriah. Bagi yang ada masalah ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi ini.
Tip pokok limau banyak tunas & cabang baru
Tip ini untuk menumbuhkan banyak tunas dan cabang baru pokok limau dan boleh dipraktikkan pada apa jenis pokok limau yang ditanam. Caranya;
1. Potong ranting separuh atau ikut suka nak potong panjang mana.
2. Kemudian buang daun pada hujung bekas potong. Banyak mana nak buang ikut suka jugak ya.
3. Lagi banyak daun yang dibuang lepas pangkas, lagi banyak tunas baru akan keluar nanti. Kalau cuma pangkas tapi tak buang daun, yang tumbuh mungkin 1-2 tunas sahaja.
Boleh cuba sendiri, tiga gambar ini adalah hasilnya.
Tip untuk pokok limau berbuah
Letak baja buah & pangkas.
Jika tanam dalam pasu boleh buat kaedah buat stress air dulu dalam 2 minggu. Caranya:
Sekiranya hari-hari siram 5 liter air, kurangkan jadi 1-2 liter sahaja, itu pun jangan siram hari-hari. Bila daun nampak agak layu baru siram.
Selepas 2 minggu baru pangkas & letak baja buah yg tinggi unsur P&K..cth baja MKP (0-52-34). Selepas itu boleh siram seperti biasa semula.
Kagum sungguh bila melihat kekemasan baju yang dilipat oleh Rose Kamarina ini. Elok lurus sama saiz, macam susunan baju yang dijual di pusat beli belah. Berbeza sangat kan dengan hasil lipatan pakaian kita dalam almari di rumah kan.
Kalau teringin nak baju yang dilipat kemas sebegini, beliau juga turut berkongsi caranya.
Mood lipat kain
Saya bukan pro, suri rumah biasa, anak empat. Kadang-kadang kita kena kreatif untuk selesaikan masalah kain yang tak pernah habis dilipat ikut keselesaan masing-masing. Moga lepas ni semua semangat nak lipat kain.
Ini cara saya lipat kain.
1. Sediakan kad/kertas keras/kotak/buku sebagai acuan atau ukuran. Saiz ikut suka.
2. Saya guna kertas A4 putih, folder yang dah lama.
3. Yang atas tu sebagai ukuran. Bawah lapik dengan kertas A4 putih biasa.
4. Dah siap lipat, boleh cabut ukuran. Kertas ini digunakan pada setiap helai baju yang dilipat barulah dapat hasil yang kemas.
Hasilnya…
Teknik ini menjadikan lipatan baju sama ukuran atau saiz, jadi barulah hasilnya kemas.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...