Keenakan masakan minang dari seberang memang tak dapat dinafikan terutama sekali rendang dagingnya. Walau tak menggunakan kerisik tapi rasanya memang umphh, sedap sangat.
Bagi yang mahu cuba menyediakan rendang daging minang sempena Aidiladha nanti boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Ayu Susanti.
Resipi asli diperoleh dari ibunya yang memang berasal dari Minang namun menetap di Malaysia.Menurut Ayu kebiasaannya waktu raya rendang daging ini akan habis licin dimakan oleh anak menantu sebelum tengah hari lagi.
Bahan kisar:
Bahan lain
Daun kunyit
Serai
Daun limau purut
Daun salam
Daging
Santan
Cara membuat:
1. Panaskan kuali masuk daging serta bahan yang dikisar . Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.
2. Kemudian masukkan juga daun limau, daun kunyit, daun salam, serai.
3. Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & Ajinamoto.
3. Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
Selamat mencuba
Sumber: Ayu Susanti.