Tengok gulai kuning ikan ini pun dah tahu sedap. Boleh bikin ramai terliur. Ini memang lauk biasa kalau duduk di Kelantan untuk makan pagi dan kadang membawa ke tengah hari.
Layan satu lauk ini dengan sambal belacan dah cukup. Cumanya bila kita teringin dan cuba buat sendiri rasanya selalu tak sama dengan yang kita selalu makan. Tak jadi pekat dan kurang ‘kick’.
Bagi korang yang rindu nak makan gulai kuning lengkuas ikan aya stail Kelantan ni, perkongsian dari Afy Al Habibi boleh dijadikan panduan untuk masak sendiri.
Menurut Afy cara masak yang dikongsi ini adalah dari mok atau ibunya, cara orang tua dulu. Hasilnya memang dijamin sedap teruk!
Cara Buat Gulai Kuning Lengkuas Ikan Ayo Resipi ‘Mok’
Tak mahu menghampakan harapan ramai kawan yang berminat dengan gulai ini, cikgu tulis dulu resepi penuh begini ya. Cikgu salin yang Mok bagitahu. Jangan lupa baca tip sekali. Dijamin sedap terukk.
Bahan kisar -7 biji bawang merah saiz syiling 20 sen -3 ulas bawang putih -7 hiris bulat nipis lengkuas -3 inci kunyit hidup -1/2 sudu teh serbuk kunyit -3 sudu besar cili kering kisar
Ikan Ayo (1kg) saiz besar Rebus bersama bahan di bawah: 3 sudu besar garam 1 keping nisse (gula kerek/gula nisan) 4-5 hiris nipis lengkuas 3 hiris nipis halia 6 keping asam gelugur
Cara membuat:
1. Masuk ikan dalam periuk, tambah air separuh dari sukatan ikan. Rebus sehingga masak. Jangan terlalu lama takut isi hancur. Dah masak ketepikan dulu.
2. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan santan pekat asli 1/2 kg. Masukkan air. (Sukat ikut kuantiti santan; contoh Mok guna santan dari dalam plastik. Mok sukat ikut kuantiti santan tadi).
3. Masukkan juga air rebusan ikan 2 senduk.
4. Masak atas api dapur. Perasakan dengan garam gula dan perisa ikut citarasa. Yang ni Mok lupa nak sebut banyak mana; Mok kira agak-agak kena dengan tekak. Seimbang rasa masin manis sahaja.
5. Selepas kuah mendidih, susun ikan tadi dalam periuk gulai.
6. Ambil juga 2 kepingan asam keping dari rebusan ikan tadi masukkan dalam periuk.
6. Tambah potongan timun batang, kacang panjang dan 3 tangkai lada solok Siam.
7. Tutup api selepas 10 minit.
Nak lagi sedap bungkus macam ni supaya nasi dan gulai bersatu rasanya
Tip gulai kuning ikan Ayo makin sedap dan pekat
Orang Kelantan biasa guna ikan Ayo putih atau tongkol kayu untuk isi lebih sedap dan pejal.
Rebus ikan awal sehari untuk isi ikan terasa sedap sehingga ke tulang.
Tambah air rebusan ikan dalam kuah gulai.
Nak kuah pekat dan sedap, buat gulai pada waktu malam. Kemudian panaskan keesokannya.
Bungkus nasi panas bersama dengan kuah dan biarkan setengah jam sebelum dibuka.
Padankan dengan ayam goreng, sambal dan timun batang sebagai pelengkap hidangan.
Ada yang tak makan isi ikan yang warna hitam ni. Tapi inilah yang sedap
Baru saja cabut rumput keliling rumah, tapi tak sampai seminggu dah tumbuh balik. Ini situasi biasa kalau rumah ada laman. Memang penat.
Tapi kalau tak berapa rajin nak cabut atau meracun rumput ada cara yang lagi mudah untuk matikan rumput dan lalang ini.
Caranya cuma guna garam! Dikongsi oleh pemegang akaun Tik Tok Kak Tin Geng Kebun, ini cara yang boleh kita praktikkan.
Tip matikan rumput guna garam
1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.
2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.
3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.
Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.
4. Bagusnya selain rumput mati garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga ular.
Pokok cili besar atau cili padi antara yang selalu kita tanam di kawasan rumah. Hatta duduk di apartment pun ramai saja yang menanamnya dalam pasu.
Banyak rungutan mereka yang tanam pokok cili ini, pokok tak subur, buah kecil dan sikit.
Antara perkara penting yang ramai tak tahu dalam penjagaan pokok cili adalah tentang pemotongan tunas air. Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.
Tok Serama berkongsi bagaimana mengenal pasti tunas air ini dan kenapa perlu membuangnya.
Kena buang tunas air pokok cili
Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.
Pertama, apakah tunas air?
Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang pertama pokok cili.
Bila masa nak buang tunas air?
Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.
Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.
Kalau ada daun besar dalam 10 helai, buang dalam 8 helai, jangan melepasi Y (cabang utama)
Apa kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?
Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.
Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source).
Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.
Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?
Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.
Sesetengah pengusaha fertigasi turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Adakah kaedah ini betul?
Berbalik kepada prinsip sink and source, daun merupakan tempat fotosintesis, iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Pada peringkat awal, adalah digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili.
Selalunya, daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat ke 3-4.
Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?
Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang.
Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...