Nasi lemak antara hidangan yang kita biasa buat sendiri di rumah supaya puas makan. Paling penting dalam menu nasi lemak adalah sambalnya, kena sedap!
Kalau rasa sambal yang kita selalu buat kurang ‘kick’ mungkin boleh tukar cara. Ikut pula cara yang dikongsi oleh Nurul Shima
.Sambal ini menurutnya adalah resipi turun temurun keluarganya dan cara masak sambal ini membolehkan ia tahan berhari-hari tanpa basi.
– Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi.
– Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
– Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar.
– Masukkan 3 sudu besar gula melaka yang sudah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api jangan besar dan jangan kecil, sederhana.
– Bila nampak sambal merah berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.
– Apabila sambal dah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.
– Setelah 20 minit sambal masak, boleh tutup api dan hidangkan.
Insya-Allah sambal nasi lemak cara ini tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Shima