Cara Matikan Pokok Besar Sekitar Rumah Tanpa Perlu Tebang

Share

Bagi yang punya laman luas selalu tumbuh pokok besar yang ada diantaranya tiada fungsi pun. Boleh jadi pokok buah yang tiada hasil atau pokok liar yang dibiarkan hingga tumbuh meninggi.

Pokok besar dan tinggi ini juga jika berhampiran dengan rumah boleh membahayakan kalau dahan patah atau tumbang. Nak upah pekerja untuk tebang pun boleh menelan kos yang tinggi. Boleh cecah RM1000 satu pokok.

Tapi bagi yang ingin jimatkan kos upah, ada kaedah yang boleh kita lakukan sendiri. Caranya dengan mematikan pokok tanpa perlu ditebang.

Kaedah untuk mematikan pokok besar ini dikongsi oleh Ejatt Jayy melalui akaun TikTok beliau. Pokok perlahan-lahan akan mati dan mereput sendiri.

Cara matikan pokok besar

1. Buat lubang pada batang pokok (atas sedikit dari pangkal) menggunakan cordless drill. Buat 3-4 lubang yang dalam.

2. Kemudian tuang atau masukkan racun untuk matikan pokok besar menggunakan syringe.

Boleh guna racun Tri-Ester 32, KenLon, CH Triclopyr. Racun ini boleh kita beli secara online di Shopee. Bagi pokok ini Ejatt menggunakan racun Pure glyhosate Isopropylamine.

3. Suntik racun ini pada setiap lubang yang dibuat kemudian tutup lubang dengan tanah liat.

4. Selepas seminggu boleh lihat daun pokok akan menguning dan luruh, dahan mereput dan mati. 

5. Selepas tiga minggu kita akan lihat pokok akan ‘botak’ dan mula mereput.

Cara ini sesuai dilakukan pada pokok yang berhampiran dengan rumah supaya tak tumbang dan merosakkan kediaman.

@ejattjayySalah satu kaedah untuk mematikan pokok besar guna cara 💉 racun kedalam batang pokok.♬ original sound – Ikmal Alif

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ejatt Jayy

Published by
VK