Baru saja bersih rumput di laman tapi tak sampai sebulan naik lagi. Kecil atau besar laman tetap kita rimas dan sakit bila rumput tumbuh meliar.
Selain sembur racun, ada lagi satu cara yang lebih mudah tapi berkesan yang boleh kita lakukan sendiri untuk mematikan rumput di laman.
Menurut Johari Kamal Jer, dengan hanya bermodalkan semburan menggunakan garam kasar, cuka, pencuci pinggan dan air panas rumput akan cepat mati walau apa jenis pun.
Sediakan 4 bahan ini
Ujarnya cara ini dipraktikkan sejak sekian lama dan memang berkesan.
Ads
“Sembur pagi, esok semua rumput akan layu. Tumbuhlah apa jenis rumput pun memang semua ‘kiok’.
Berkongsi cara mematikan rumput katanya sediakan bahan berikut;
Ads
500 gram garam
1 botol cuka
1 periuk kecil air panas
2-3 titis pencuci pinggan (Sun Light)
Caranya
1. Bancuh garam dan cuka dengan air panas hingga sebati. Kemudian titis pencuci pinggan ke dalam bancuhan.
2. Kemudian masukkan dalam pam dan boleh sembur pada rumput. Jika sembur waktu pagi, esok akan nampak hasilnya, semua ‘clear’.
Ads
3. Lakukan setiap bulan supaya rumput tak tumbuh lagi.
INFO
-Kegunaan pencuci pinggan adalah sebagai pelekat semburan pada daun dan tanah.
-Pastikan basuh pam selepas digunakan untuk mengelakkan karat kerana kandungan air garam.
Dapur dah ada table top tapi bahagian bawahnya tiada pintu. Mungkin belum cukup modal untuk siapkan atau rumah sewa memang tak menyediakannya.
Tapi bila bahagian bawah table top terlopong saja kita pula sakit mata melihat barang-barang di bawahnya. Nampak dapur tak kemas.
Solusinya boleh DIY pintu kabinet dengan cara paling mudah. Hanya menggunakan empat barang saja. Pintu kabinet cuma menggunakan Impra board yang boleh dibeli di kedai buku.
Idea ini dikongsi oleh Dayana Syafiqah. Menurut beliau, kos untuk memasang pintu kabinet table top ukuran 6×8 kaki ini tak sampai pun RM300.
DIY pintu kabinet mudah
Sharing project DIY pintu kabinet dapur menggunakan 4 barang je. Idea ini dari Youtube Homemade DIY. Total kos untuk projek ini tak sampai RM300 untuk saiz dapur 6ft + 8ft.
SebelumSelepas
Bahan yang digunakan
1. Railing Langsir, sekaki dalam RM1.20
2. Impra Board, beli di kedai buku pun boleh, nak murah beli di Shopee.
3. Gam Maxbond
4. Gergaji besi untuk potong railing langsir
Potong impra board dan railing ikut ukuran yang sesuai.
2. Lekatkan railing atas dan bawah table top menggunakan gam.
3. Bila gam railing dah kering, masukkan impra board ikut railing.
4. Lekatkan juga railing di bahagian tepi impra board untuk mengukuhkannya.
5. Pasang stoper di hujung railing untuk keselamatan. Siap! Nak lekatkan pemegang pun boleh.
Pokok jagung antara tanaman yang selalu kita tanam jika berkebun sekitar rumah. Cuma ada masa bila cambah biji benih tak menjadi sebab awal-awal lagi dah dimakan haiwan.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk memastikan biji benih jagung ini bercambah dengan selamat adalah dengan meletakkan dalam bekas yang dialas dengan tisu basah.
Cara yang dikongsi oleh Harun Arun ini juga katanya memudahkan untuk kita nampak mana biji yang bercambah dan mana yang rosak.
Langkah semai biji benih mengikut kaedah ini turut beliau kongsi. Caranya;
1. Cari bekas plastik kemudian alas dengan tisu dapat di bahagian bawah. Sembur atau spray tisu tadi sekadar basah sebelum letakkan biji benih.
2. Kemudian letak sehelai lagi tisu dapur atas biji benih dan spray sekali lagi dengan lain. Spray cukup sekadar melembabkan tisu.
3. Tutup rapat bekas plastik untuk kekalkan kelembapan. Selepas 2 hari barulah dibukan dan didedahkan macam biasa.
4. Bila dah ada 4 daun bolehlah disemai dalam polibeg, pasu atau batas. 2 hari buka penutup dedahkan macam biasa.
Biji benih memerlukan air/kelembapan, suhu yang sesuai untuk bercambah. Cukup syarat ini bercambahlah ia.
INFO:
Pastikan jangan sembur terlalu banyak air supaya tak berkulat dan busuk. Cukup sekadar untuk melembapkan.Tutup rapat bekas untuk kelembapan.
Hidangan Chinese style memang dah biasa dengan lidah kita, antaranya adalah sup wantan. Ianya sama adakita makan di kedai atau kita beli wantan frozen dan masak sendiri di rumah.
Tapi sebenarnya kalau nak buat sendiri wantan pun boleh sangat sebab caranya pun tak susah mana. Dikongsi oleh Zurina Zulkefli ini caranya;
Sup wantan homemade untuk minum petang
Bahan inti:
✓ Daging ayam kisar jenama Ramly
✓ Kulit wantan
✓ Lobak merah – cincang
✓ Daun bawang – hiris
✓ Tepung jagung – 1 sudu makan
✓ Kiub pati ayam – separuh
Campurkan semua sekali bahan dan gaul sebati
Bungkus inti menggunakan kulit wantan menjadi wantan
Cara memasak:
Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.
4. Akhir sekali boleh masukkan wantan. Sedia dihidang.
Cara buat kicap cair dan minyak bijan boleh rujuk di SINI
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...