
Teringin nak makan ayam bakar tapi nak yang mudah saja. Tak berapa rajin nak buat bahan perap. Ha… memang ada caranya.
Tak perlu nak cari, hiris atau blend macam-macam bahan perapan, guna saja cara yang dikongsi oleh Liyaw Ah Seng.
Rupanya nak senang buat ayam bakar guna saja perencah nasi goreng segera. Bukan saja mudah katanya, tapi juga sedap. Ini caranya.
Cara mudah buat ayam bakar, guna perencah nasi goreng
Bahan-bahan
1 ekor ayam
Perencah nasi goreng Adabi
Madu
Kentang
Cara membuat
1. Ayam dipotong dan dibersihkan.
2. Gaul terus dengan perencah nasi goreng, lagi banyak lagi sedap. Masukkan sekali madu dalam 3-4 sudu.
3. Perap semalaman kemudian bakar. Saya bakar hingga kulitnya garing suhu antara 200-250 darjah Celsius dalam 25-30 minit. Boleh juga nak bakar dalam air fryer.
Dah siap!
Selamat mencuba
Sumber: Liyaw Ah Seng
Tip Pilih Buah Oren Yang Manis & Banyak Jus. Pastikan Ada Tanda Ini

Kebanyakan kita memang suka dan selalu saja membeli buah oren. Tapi selalu yang buat kita kecewa bila terbeli oren yang masam rasanya.
Berkerut muka nak habiskan limau masam ini, kalau tidak pun kesudahannnya terbiar sehinggalah busuk.
Jadi macam mana nak elak memilih buah oren yang masam? Kami jumpa tip ini yang dikongsi oleh netizen di laman sosial.
Ketika memilih buah oren pastikan anda memilih buah oren yang ada lubang seperti pusat di bawah buah tersebut. Oren jenis ini juga mempunyai lebih banyak jus dan vitamin C.
1. Pilih yang ada lubang/pusat
2. Elak dari memilih buah yang tiada lubang seperti ini.
3. Selain itu hidu bau buah oren tersebut. Sekiranya baunya manis bermakna rasanya juga memang manis.
Kalau esok ke pasar pastikan ikut tip ini ya.
Setiap Kali Beli Barang Elektrik, Jangan Lupa Isi Borang Ini. Berguna Bila Barang Rosak

Isi Kandungan
ToggleSelalu bila beli barang elektrik, dah dapat apa yang nak selalu lupa nak isi borang warranty. Sedangkan ia sangatlah penting terutama bila barang dah lama digunakan.
Ada kemungkinan akan rosak dan di sinilah ia berguna. Seperti pengalaman Nik Mohd Rizal yang dapat jimat RM800 selepas mesin basuhnya rosak.
Kepentingan isi borang waranti online
Saya nak kongsikan kepentingan mengisi borang warranty online bila membeli barangan elektrik.
Mesin basuh di rumah saya sudah seminggu lebih berbunyi seperti kapal terbang sedang berlepas setiap kali berpusing untuk mengering.
Mesin basuh brand Hitachi itu sudah berusia lebih lapan tahun dan tentunya sudah lama habis tempoh waranti. Resit pembelian dari kedai pun entah di mana saya letak. Saya fikir mungkin sudah sampai hayatnya & mungkin kena beli mesin basuh yang baru.
Saya check di YouTube dan mendapat tahu yang masalah bunyi bising itu kemungkinan berpunca dari ‘bearing yg rosak. Rupanya mesin basuh pun macam kereta ada bearing.
Saya check di webpage Hitachi dan menghantar e-mail kepada Customer service untuk mendapat maklumat berkenaan masalah bearing mesin basuh Hitachi & bertanyakan tempat yg recommended untuk membaikinya.
Selang beberapa hari, mereka menghubungi saya dan memaklumkan bearing itu adalah sebahagian dari motor inverter yg berharga lebih kurang RM800 yang perlu diganti. Biar betul RM800! Tambah sikit lagi boleh beli mesin baru ni!
Motor mesin basuh waranti 10 tahun
Namun motor itu dilindungi warranty selama 10 tahun dan ini bermakna mesin basuh saya masih dilindungi. Saya memberitahunya kad waranti & resit pembelian sudah hilang entah ke mana.
“Encik cuba check di webpage Hitachi dulu, mungkin encik pernah isi borang waranti secara online 8 tahun dulu ” katanya memberi sedikit harapan kepada saya.
Memang benar! Rupa-rupanya saya pernah mengisi maklumat pembelian mesin basuh Hitachi dulu secara online 8 tahun yang lalu selepas membuat pembelian & ini membolehkan motor inverter yang berharga hampir RM800 itu diganti secara percuma!
Setiap kali beli barang elektrik, jangan lupa isi
Mengisi borang waranti di kad waranti atau secara online mungkin sedikit menjengkelkan. Saya mengajak saudara semua agar menjadikan tabiat mengisi borang online waranti itu sebagai rutin setiap kali kita membeli barangan eletrik.
Ia mungkin mengambil sedikit masa namun percayalah, bila terjadi kes seperti mesin basuh saya yg rosak bearing ini, ianya sangat berbaloi-baloi! Jimat RM800!
Sumber: Nik Mohd Rizal
Elak Tanaman Kena Serangan Perosak, Boleh Cuba Gantung Ubat Gegat

Ubat gegat selalu kita gunakan untuk elak serangga dalam rumah. Selalu kita letak dalam dalam almari, stor, kabinet, bilik air dan sebagainya.
Tapi rupanya boleh juga digunakan untuk halau serangan perosak tanaman. Cara ini dicuba oleh Azmi Amin. Ujarnya cara ini diperoleh daripada sahabat di sosial media beliau yang menyatakan kebun di negara jiran kita ada menggunakan ubat gegat untuk menghalau serangga perosak. Berikut adalah perkongsian beliau.
Boleh cuba gantung ubat gegat untuk elak serangan perosak tanaman
Telur burung ke? Bukanlah, ubat gegat. Ya ubat gegat. Ubat gegat yang letak dalam almari baju atau tandas tu ke? Ya yang itulah.
Kenapa letak dalam botol, pas tu gantung kat kebun pulak? Ceritanya macam ni, baru ni, saya ada posting artikel tentang asap bekas telur untuk halau serangga.
Ada ramai yang komen dan share, tapi ada satu komen yang mencabar paradigma saya hingga teranjak untuk saya mencubanya.
Komen sahabat FB saya katanya, ada kebun di Siam yg guna ubat gegat untuk halau serangga perosak tanaman, jadi tergerak hati dan fikiran saya untuk mengimplimentasikan nya di kebun saya.
Hakikatnya, ubat gegat itu dicipta untuk menghalau serangga di rumah, bermakna serangga di luar pun ia boleh halau juga, logik kan?
Apa-apapun, saya kena cuba dulu dan kosnya tak mahal sangat.
Cuma letak beberapa ketul ubat gegat dalam botol yang dilubangkan. Kemudian gantung berdekatan dengan tanaman.
Caranya rasanya lebih sesuai untuk tanaman berskala kecil.
Selamat mencuba.
Sumber: Azmi Amin