Sayur kangkung selalu guna untuk masakan tapi kalau di rumah ada banyak sangat sayur ini kita boleh olah menjadi bahan lain yang cukup berguna untuk tanaman pula
Sayur kangkung ini rupanya boleh dibuat baja organik yang sangat baik untuk pertumbuhan anak pokok pokok buah atau pun anak pokok sayur. Tak perlu susah-susah dah nak beli baja.
Cara untuk buat baja dari kangkung ini dikongsi oleh Pyan Sempoy
.Cara paling mudah nak buat baja/vitamin/booster/MOL (Mikro Organisme Lokal) atau POC (Pupuk/baja Organik Cair). Khusus untuk pertumbuhan anak pokok (buah-buahan/sayuran berbuah) & juga pokok sayur berdaun (sawi/kailan/bayam/salad dan lain-lain).
Bahan yang wajib ada cuma kangkung 1kg (lebih kurang) dan & juga gula merah 1kg (lebih kurang). Ada 2 bahan ini saja pun dah boleh buat.
Tapi saya tambahkan nasi basi yang dah diperam 3-4 hari & juga air basuhan beras. Alang-alang barang dah ada saya campur sekali.
Cara membuat
2. Susun selapis selapis kangkung & gula merah, boleh juga gaulkan dulu semua sekali kangkung & gula merah baru masukkan dalam bekas.
3. Akhirnya sekali letak di tempat yang terlindung dari cahaya matahari direct. Letak tempat gelap pun boleh.
4. Selepas 2 minggu dah boleh, nak bagus lagi peram sampai sebulan baru guna.
Cara penggunaan
Cara guna MOL ini boleh dengan disiram ke media/tanah & juga disembur pada keseluruhan pokok terutama bawah daun tapi jangan lupa bancuh dulu dengan air bebas klorin. Boleh siram/sembur seminggu sekali.
Untuk siraman
– Bancuh 50ml pati MOL dgn 2 liter air untuk pokok kecil atau
– Bancuh 100ml pati MOL dgn 2 liter air untuk pokok yang dah besar sikit
untuk semburan (foliar)
– Bancuh 5-10 ml pati MOL dgn 1 liter air, kepekatan ikut keadaan & umur tanaman.
Sumber: Pyan Sempoy