Ramai yang suka makan nasi Arab, tapi kalau makan di restoran harganya mahal apatah lagi kalau nak bawa satu famili.

Kalau nak jimat caranya kena masak sendiri. Nampak macam remeh masak nasi arab ini, tapi kalau ikut resepi yang dikongsi Norashikin Ismail ini cukup mudah dan diakui sedap oleh penggemar nasi arab.

Lagi menarik tak guna pun rempah nasi Arab yang dijual tu. Pakai bahan apa yang ada di dapur pun dah sedap. Apa lagi, jom cuba!

Sedap macam makan kat restoren

Alhamdulillah betul-betul sedap resepi Nasi Arab ni. Tanpa guna rempah yang dijual pun. Husband dan anak-anak puji sedap & sama macam makan kat kedai.

Ads

Bahan utk rebusan ayam & sup

  • 1 ekor ayam potong 4
  • 1 biji tomato belah 4*
  • 1 bji bawang besar belah 4@6*
  • 1 sk jintan manis (biji)*
  • 1 sk ketumbar (biji)*
  • 2 sk lada hitam*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 sk rempah kurma ( saya guna 2 sb )
  • Akar ketumbar
  • Garam

– Bahan-bahan bertanda untuk rebusan ayam tak perlu kisar ya, masuk terus macam tu saja. Nak kuah lebih tambah bahan-bahan)

Cara Mudah Buat Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera. Memang Lagi Sedap!

Bahan untuk nasi

  • Bawang besar setengah biji -dimayang*
  • Halia satu inci & rempah 3 sekawan*
  • 2sb mentega *
  • Air rebusan ayam
  • 1 cawan beras, 1 1/2 cawan air ( Basmathi )
  • Garam

– Tumis semua bahan bertanda masukkan dalam beras yg siap dicuci tambah air rebusan ayam & daun ketumbar. Ambil ayam yg direbus masukkan sekali dalam nasi.

Ads

Cara Mudah Buat Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera. Memang Lagi Sedap!

Bahan untul sambal Arab

  • Cili api & cili merah
  • Tomato
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Garam & Gula

– Kisar dan tambah jus lemon

Cara Mudah Buat Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera. Memang Lagi Sedap!

Ads

Salatoh

  • Timun dadu
  • Tomato dadu
  • Bawang besar dadu
  • Garam & Gula
  • Satukan semua perah lemon

Cara Mudah Buat Nasi Arab Tanpa Guna Rempah Segera. Memang Lagi Sedap!

Ayam versi bakar

(Saya lebih suka versi msuk dlm nasi, lembut isinya)

  • Serbuk kari
  • Serbuk cili
  • Sos tiram
  • Garam
  • Brown sugar / madu (saya guna madu)
  • Minyak masak (2 sdb)

– Perap ayam seketika & bakar dalm oven dgn suhu 150°c selama 20-30 minit.

Dah siap! Selamat mencuba!

Sumber: Norashikin Ismail

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI