Cara Mudah Buat Tart Telur, Rasanya Lagi Sedap Dari Beli Di Bakeri

Share

Alangkah enak menikmati tart untuk sajian desert, lebih-lebih lagi bagi penggemar tart telur.

Kalau beli tart telur ini agak mahal yang dijual di pasaran dan tidak berbaloi jika mahu makan seisi sekeluarga.

Maklumlah tidak cukup satu, sebaliknya akan makan untuk dua atau tiga ketul. lebih-lebih lagi jika rasanya sedap dan terasa lapar.

Jadi jangan buang masa, anda sebenarnya boleh cuba buat sendiri tart telur ini. Dan resipi tart telur dikongsi Norain Naim

ini sangat menjimatkan dan mudah dibuat.

Paling penting buatannya halal serta penuh kasih sayang hasil air tangan sendiri.

TART TELUR HOMEMADE LAGI SEDAP DARI BAKERI

BAHAN PASTRY

Boleh guna pastry brand KAWAN atau apa apa brand pun boleh

BAHAN FILLING

150g gula pasir
250ml air panas
4 biji telur
200ml fresh milk @ Full cream
1 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUAT

1. Bancuh gula dengan air panas dulu sampai gula larut. Ketepikan sehingga air gula sejuk.

2. Whisk telur tapi  tak perlu lama. Masukkan air gula, full cream milk, esen vanila dan kacau. Tapis bancuhan telur supaya tiada buih.

3. Sebelum letak kulit pastry pada acuan sapu butter supaya tak melekat. Kemudian tepek kulit pastry dekat acuan, dan tuang bancuhan telur sehingga hampir penuh.

Jangan penuh sangat. Kalau melimpah , kulit luar akan serap filling dan buat kulit pastry jadi lembik.

4. Bakar dalam oven pada suhu 180°C sehingga masak atau kekuningan.

5. Untuk pastikan tart telur dah masak, ambik lidi bersih cucuk kalau lidi yang keluar  bersih maknanya tart kita dah masak.

6. Keluarkan tart dari oven. Terus ambil lidi cungkil tepi tepi kulit  supaya bila dah sejuk senang nak keluarkan tart dari acuan.

7. Dah sejuk boleh makan, sekejap dah licin sebab sedap sangat.

Artikel Berkait:

Resipi Nasi Ayam Mudah, Confirm Anak Makan Tambah Berkali-kali

Cara Buat Bihun Singapore Yang Sedap, Tipnya Kena Letak 2 Sudu Bahan Ini

Dapatkan pelbagai acuan tart, beli di sini

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman