Kalau beli telur masin biasanya ia akan diselaputi dengan tanah liat dan juga sekam padi yang hitam.
Ni memang cara untuk buat telur masin. Jadi bila nak rebus kita kena bersihkan semua ini dulu.
Tapi kalau nak mudah boleh ikut perkongsian Suzana Sha’em.
Tak perlu tanah liat atau sekam , cuma pakai cuka dan garam dan takkan mengotorkan dapur.Kalau nak cuba buat sendiri boleh lah ikut cara Suzana ini
Telur masin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi. Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri.
Telur itik
Cuka
Garam halus
Bekas
1. Basuh bersih telur
2. Kemudian rendam dengan cuka selama 2 minit.
3. Seterusnya gaul telur tadi dengan garam halus hingga rata.
4. Letak dalam bekas dan peram selama dua minggu atau 16 hari.
Selamat mencuba uols!
Sumber: Suzana Sha’em