Selalu terjadi rak atau almari kayu yang ada di rumah ditumbuhi dengan kulat yang nampak seperti berhabuk.
Kalau musim hujan lagi banyak kulat ini naik di rak buku, almari baju dan sebagainya. Biasanya pada rak yang murah kita beli untuk kegunaan di rumah.
Walau pun kita dah lap ia akan tumbuh lagi. Jadi macam mana nak hilangkannya terus. Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bijen Mohd ini.
Letak bahan ini untuk elak kulat habuk naik pada rak dan almari
Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.
Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.
Ads
Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.
Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan. (Boleh klik SINI untuk beli di Shopee beli gel silika atau SINI untuk kristal kucing)
Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.
Ads
Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.
Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.
Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.
Ads
Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air. Sat lagi korang salah faham pula.
Inilah hasilnya selepas menggunakan gel silika, lepas dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.
Sedapnya kalau dapat makan ikan bakar macam ni, mewah sambal perapan. Takde air asam pun tak mengapa.
Cara nak buat senang. Ikan siakap siang siap-siap di pasar, cuma kisar perapan dan bakar atas pemanggang ajaib.
Langkahnya dikongsi oleh Ana Mariana Ismail. Boleh guna ikan selain siakap, ayam, udang atau sotong.
Cara buat ikan siakap bakar dengan sambal perapan yang sedap
Bahan perapan
1 genggam cili kering (ikut tahap kepedasan)
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
1 inci halia
1 batang serai
Sedikit minyak masak atau minyak zaitun
Sedikit air
Garam dan secukup rasa
Sedikit madu (jika suka)
Cara membuat:
1. Bersihkan ikan, belah dua supaya semua bahagian serap perapan.
2. Kisar semua bahan cili kering, bawang, kunyit, halia dan serai bersama sedikit air.
3. Kemudian tuang atas ikan siakap yang dah dibersihkan. Letak garam, gula dan madu. Perap kejap ikan tadi.
4. Alas pemanggang dengan daun pisang kemudian bakar, percikkan sedikit minyak. Balikkan bila satu bahagian dah masak.
5. Sementara ikan bakar masak, lebihan perapan tadi panaskan hingga pekat. Kemudian tuang atas ikan bakar yang dah siap masak.
Siap, tak perlu cicah air asam dah
TIP
Tak perlu tutup pemanggang untuk elak berwap dan lambat masak.
Orang perempuan kalau di dapur boleh buat banyak kerja satu masa. Boleh jadi waktu memasak, pada masa yang sama basuh kain juga.
Kadang-kadang boleh terlupa yang dimasak atas dapur hingga rentung berasap. Kalau periuk murah takpe lagi tapi kalau yang rentung itu periuk kegemaran yang mahal memang menyesal tak sudah.
Kalau berlaku kejadian begini ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
Dalam bulan Syawal ini banyak jamuan raya diadakan, baik di sekolah anak atau atau pun di tempat kerja. Kalau berkonsep pot luck idea pencuci mulut comel dua bahan ini boleh dibuat untuk dihidangkan.
Sangat mudah disediakan, dihidang dan juga mudah untuk dimakan kerana diletakkan terus dalam bekas plastik kecil. Idea ini dikongsi oleh Aliah Yahaya Alia.
Cara buat pencuci mulut dua bahan
Bahan-bahan
Serbuk jeli -boleh pilih perisa dan jenama yang disukai
Nata de coco Acuan/bekas 1 0z
Cara membuat
Tuang serbuk jeli dalam air yang sedang dimasak. Ikut saja sukatan yang ada pada pek.
2. Kacau sambil masak, padamkan api bila mendidih. Teruskan mengacau sehingga tidak berbuih.
Antara serbuk jeli yang boleh digunakan.
3. Tuang ke dalam acuan kecil yang terlebih dahulu diisi dengan nata de coco.
4. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit atau sehingga pejal.
INFO:
Boleh juga gunakan serbuk agar-agar tapi lebih sedap menggunakan jeli kerana rasanya kenyal.
Pencuci mulut ini menggunakan sekotak jelly dalam 500ml yang menghasilkan 40 bekas.
Untuk lebih menarik boleh tulis apa-apa ucapan yang bersesuaian menggunakan pen marker saja.